Tarikh: 20 Februari 2011
Tempat: Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak.
Jurulatih: Mohd Yusni Khusaini Mohd Yussof
Bengkel penulisan ini dibahagikan kepada dua sesi dimana sesi pertama dimulakan dengan kupasan tajuk "Kembara Hanya Bermanfaat Untuk Umat Menerusi Catatan" manakala sesi kedua pula mengupas lanjut kaitan antara "Membaca-Berfikir-Menulis".
Pada sesi pertama, jurulatih menerangkan peri pentingnya menulis catatan/travelog di kalangan sukarelawan GPTD. Selain daripada itu, beliau turut mendedahkan tentang penghasilan catatan/artikel/travelog yang telah dihasilkan oleh sukarelawan GPTD semenjak 10 tahun lalu.
Pada sesi kedua, peserta didedahkan dengan tips-tips bagaimana cara untuk menghasilkan penulisan yang baik dan kreatif. Selain daripada itu, beberapa karya penulis agung diangkat sebagai rujukan seperti 'Warkah Eropah' dan 'Salina' yang ditulis oleh penulis terkenal tanahair; A. Samad Said.
Usai kedua-dua sesi, para peserta diberikan peluang menulis suatu artikel bertemakan 'Kembara' dan kemudiannya diulas dan dikomen oleh jurulatih. Di akhir bengkel, satu resolusi telah berjaya dicapai dimana GPTD telah sebulat suara untuk menghasilkan Grup Penulis GPTD di laman sosial Facebook.
Diharap agar bengkel sebegini mampu melahirkan lebih ramai penulis bebas di kalangan ahli GPTD. Ameen.
0 comments:
Post a Comment