Sunday, May 29, 2011

GPTD Menyertai Tadarus Quran Himpunan Belia 2011

28 Mei 2011, Putrajaya - GPTD telah menyertai Tadarus Quran sempena Himpunan Sejuta Belia 2011 anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang diadakan di Masjid Sultan Mizan Putrajaya sebagai fasilitator yang menghimpun belia hampir 5000 orang peserta. Program ini yang bertujuan cara kreatif mendekati belia mencintai al-Quran. Setiap fasilitator dikehendaki membimbing sekurang-kurangnya 100 orang peserta yang telah dibahagikan mengikut barisan.

Setiap peserta akan membaca satu ayat yang diberikan dalam masa serentak. Program ini juga telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. Harapan kepada semua yang hadir dapat meneruskan bacaan al-Quran ini bukan hanya di tempat program sahaja malah diteruskan dari semasa ke semasa.

0 comments: