123

Wednesday, December 31, 2008

Catatan Ketua Penyelaras (Disember ’08)

4 Disember- Mesyuarat Khas Penubuhan Briged Bakti Malaysia (turut hadir)5 Disember- Mengisi slot ‘Diskusi Intelektual’ di Program T.O.T. Briged Bakti Negeri Kelantan bersama Pengerusi GPTD- Perbincangan dengan sukarelawan GPTD dari Cosmopoint Kota Bharu – satu projek telah dipersetujui mereka gerakkan: Projek Ko Samui 2009 (Misi Bahasa Inggeris dan Pembelajaran Komputer)6 – 9 Disember (‘Idul-Adha)- Bersama-sama Setiausaha Biro Multimedia, Sdr. Hakim,...

Misi Rumah Putih

Ziarah Ilmu di Rumah PutihMisi Grup Ibn Battutah diteruskan seperti rutin sebelumnya. Program yang bersifat ziarah ilmu bagi merapatkan ukhwah Islamiyyah sesama masyarakat dan pesakit HIV muslim.Saya suka katakan program berkala ini sebagai satu misi. “Misi Rumah Putih” yang diambil sempena daripada nama sebuah Rumah Perlindungan HIV di Batu Arang bernama White House. Rumah bercirikan sebuah gereja Kristian berwarna putih salju terletak gah tinggi di atas lereng bukit.Misi Rumah Putih adalah bermatlamat untuk mengembalikan jiwa hamba kepada fitrah...

Thursday, December 25, 2008

GPTD di Kelantan

Pengerusi GPTD, Sdr. Jufitri dan Ketua Penyelaras, Sdr. Najmuddin berada di Kelantan dari 25 hingga 26 Disember.Wakil GPTD berada di Kelantan bersempena dengan Mesyuarat Agung Khas Briged Bakti Negeri Kelantan yang akan dipinda menjadi Briged Bakti Malaysia. GPTD bertindak sebagai rakan NGO kepada Briged Bakti. Ahli-ahli Briged Bakti juga akan ditawarkan ruang untuk mengikuti latihan dan gerak kerja GPTD di luar negara.Sehubungan dengan itu, GPTD...

Monday, December 22, 2008

Sehari Bersama Ahli Parlimen

Baru-baru ini beberapa exco GPTD telah berkunjung ke Kedah negeri Jelapang Padi untuk mengadakan pertemuan dengan pelajar Institut Kemahiran MARA dan pejabat ABIM Negeri Kedah untuk membincangkan penubuhan cawangan GPTD serta penubuhan Briged Bakti Negeri.Mereka berkesempatan membuat lawatan ke rumah ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ahmad Kassim serta mengadakan sedikit perbincangan apa yang boleh dibangunkan di Negeri Kedah. Antara cadangannya ialah...

Thursday, December 18, 2008

Ziarah Ilmu ke Rumah Putih & Tujuh

Ziarah ke Rumah PutihGrup Ibn Battutah sekali lagi turun ziarah ke Batu Arang untuk bertemu dengan penghuni HIV muslim. Tepat jam 11 pagi saya terus berhenti di hadapan pintu pagar utama Gereja Rumah Putih. Pengawal keselamatan berbangsa India memaklumkan kepada saya, pagar terpaksa dikunci untuk mengelakkan penghuni dariapda keluar. Kadang kala beliau menjalankan tugas meronda di sekitar gereja untuk meninjau kalau-kalau ada penghuni yang berkeliaran kerana itulah pagar di kunci. Saya mengiyakan sahaja dengan memandu kereta VIVA masuk ke laman...

Tuesday, December 16, 2008

TAKBIR RAYA DI GEREJA RUMAH PUTIH

Pertemuan Ukhwah Hari Raya QurbanPada hari Selasa tanggal 9 Disember 2008 bersamaan 11 Zulhijjah 1429H, Grup Ibn Battutah bersama sahabat-sahabat dari Rumah Perlindungan Baitul Fiqah dan PEPIAS berpeluang hadir ke Batu Arang, Selangor meraikan penghuni HIV muslim di Rumah Perlindungan HIV sempena hari kedua Raya Qurban. Rumah Perlindungan HIV ini dikendalikan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Welcome Home Community. Pengurusnya adalah Father Alex seorang paderi. Terdapat lebih 70 orang penghuni yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum...

Wednesday, December 10, 2008

Bill Clinton di Malaysia

Pada 5 Disember baru-baru ini, saudari Puteri Nur Azwa, exco GPTD dan Pn Azini staf ABIM berpeluang menghadiri syarahan sulung bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dalam peringatan BC Sekhar di Dewan Plennary, Kuala Lumpur Convention Centre.Program anjuran Yayasan Sekhar dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) . Ribuan yang hadir untuk mendengar syarahan beliau walaupun program bermula agak lewat kerana sebelum itu beliau telah...

Info Terkini GPTD

Assalamualaikum wrh. wbt.TaqabbalalLahu Minna wa MinkumSalam 'Idul-Adh-Ha 1429Kullu 'Aam wa Antum biKhair1. AlhamdulilLah, sukarelawan GPTD yang menyertai misi dokumentasi Qurban 1429H di wilayah Pattani telah selamat kembali ke tanah air.2. Hasil mesyuarat GPTD Pusat dengan sukarelawan GPTD, projek baru ke Ko Samui, Surat Thani, Thailand telah diwujudkan. Projek ini dianggotai oleh sukarelawan GPTD dari Cosmopoint Kota Bharu. 3. Pengerusi dan 3 orang AJK GPTD akan berada di Kedah untuk bertemu wakil Institut Kemahiran MARA bagi membincangkan...

Saturday, December 06, 2008

GPTD di Selatan Thai

6 Disember 2008, Yala - GPTD telah menghantar 2 orang wakil untuk menyertai Misi Korban Aidiladha di bawah Global Peace Mission (GPM) dan Zakat Foundation of America di Yala, Selatan Thai. Mereka akan berada di sana selama 3 hari untuk membuat dokumentasi dan menyertai program korban di Selatan Thai ini. Antara tujuan lain membantu GPM mendapatkan maklumat tentang penerima agihan korban untuk dijadikan bahan dokumentasi.Program seperti ini salah...

Friday, December 05, 2008

Pengerusi GPTD di RTM 1

Pengerusi GPTD, Sdr. Jufitri Joha telah diundang ke program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM 1. Slot beliau akan bermula pada jam 8:00 pagi, Ahad 7 Disember 2008.Sdr. Jufitri akan membicarakan tajuk "Pengorbanan Generasi Muda dalam Membangunkan Negara". Beliau turut diberi ruang untuk memperkenalkan GPTD.Nantikan kemunculan beliau di kaca televisy...

Thursday, December 04, 2008

4 Disember 2008, Pengkalan Chepa - Saudara Najmudin (Penyelaras GPTD) & Saudara Hakim (Unit Media GPTD) telah menghadiri Mesyuarat Khas II Penubuhan Briged Bakti Malaysia yang diadakan di pejabat Operasi ABIM Kelantan. Mesyuarat ini bertujuan menubuhkan Briged Bakti di peringkat kebangsaan yang mana sebelum ini hanya ditubuhkan di Negeri Kelantan sahaja. Melihat kepada perkembangan yang memberangsangkan mesyuarat ini diadakan bagi merialisasikan...

Tuesday, December 02, 2008

Pada 2 Disember yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menerima kunjungan daripada dua persatuan yang digerakkan oleh masyarakat Islam di Thailand, iaitu Young Muslim Association of Thailand dan Muslim Attorney Centre.Kunjungan tersebut disambut telah oleh Timbalan Presiden ABIM, Dr Mohd Farid Shahran serta beberapa pimpinan ABIM. GPTD turut diwakili oleh Saudara Firdaus Hamsin, Unit Dokumentasi & Penerbitan.Sepanjang pertemuan...

Wednesday, November 26, 2008

Muslim HIV di rumah Mubaligh Kristian

26hb November 2008, Batu Arang – ABIM telah menyertai rombongan dari Pusat Jagaan Baitul Fiqah ke rumah penempatan pesakit yang menghidapi penyakit HIV yang ditempatkan di rumah Mubaligh Kristian yand dinamakan ‘Welcome Community Home’. Rombongan turut disertai oleh beberapa sukarelawan GPTD dan pelajar-pelajar UNISEL. Apa yang menariknya di sini majoriti pesakitnya adalah muslim tetapi ia diletakkan di bawah jagaan mubaligh kristian itu. Tujuan...

Tuesday, November 25, 2008

KEM KEPIMPINAN SMAP KAJANG 2008

Baru- baru ini telah berjalan Kem Kepimpinan SMAP Kajang yang telah berlangsung di Sukida Resort, Semenyih yang lalu telah dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar tingkatan 1 dan 2. Program tersebut adalah hasil kerjasama I-Transcend Human Development Sdn. Bhd dibawah Biro Latihan GPTD dan SMAP Kajang. Pengerusi GPTD Jufitri Joha turut mengisi slot di program tersebut selaku bekas pelajar SMAP Kajang. Secara keseluruhannya, program berjalan dengan...

Thursday, November 20, 2008

KLD Tunas Samudera

Alhamdulillah, seramai 24 belia dari seluruh negara melalui pengalaman berharga selama 10 hari di Laut China Selatan bersama Kapal Diraja (KLD) Tunas Samudera dikendalikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Kumpulan itu memulakan pelayaran sejak 4 NOvember lalu dari Kota Kinabalu, Sabah dan berakhir di pangkalan TLDM Tanjung Gelang. GPTD diwakili oleh saudara Azym Muhammad yang sedang menuntut di Kolej Kumpulan Lagenda....

Wednesday, November 19, 2008

GPTD @ Kolej PTPL

Sungai Congkak, Hulu Langat - Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kesukarelaan dan Belia. Ceramah ini bertujuan untuk memperkenalkan gerak kerja kesukarelaan dan belia serta mengambil peluang memperkenalkan ABIM, PKPIM dan GPTD kepada lebih 30 peserta daripada Pelajar Kolej PTPL Ampang dan Kolej PTPL Seremban. Program ini turut disertai wakil Majlis Perwakilan Pelajar...

Saturday, November 15, 2008

Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka

AlhamdulilLah, setelah pelbagai rintangan dan dugaan ditempuhi, akhirnya Grup GPTD Sri Lanka berjaya meneruskan Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka dengan izin-Nya.Grup Sri Lanka yang terdiri dari Syah, Fahmi, Nadzifatul, Ain Najwa, Balqis dan Dyll berlepas dari KLIA jam 0830, 15 November 2008. Grup Sri Lanka selamat mendarat di Colombo kira-kira jam 0925 waktu tempatan. Terlebih dahulu, Grup Sri Lanka telah mengikuti Kursus Induksi sehari sebelumnya....

Tuesday, November 11, 2008

Suhail @ Pulau Kokos: Travelog

Kali ini aku mahu cerita tentang kerja aku. Setiap hari pada jam 8.30 - 10.30 pagi aku ditugaskan mengajar orang tua membaca al-Quran. Macam pernah aku ceritakan pada entri lepas.Jarak rumah tempat aku menginap ke markaz tempat aku mengajar ialah 600 meter. Setiap hari aku pasti berjalan kaki ulang alik 3 kali. Sekalipun aku makan banyak, aku rasa rutin ini dapat mengekalkan bentuk fizikal badan aku.(Baca lanjut di si...

Saturday, November 08, 2008

Salam dari Turki

Bismillahirrahmanirrahim..Didoakan semoga ikhwan semua berada di dalam kandungan Rahmat Allah sekalian Alam. Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya, kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara dan menikmati segala nikmat yang ada di alam buana ini.Elhamdulillah doa dan hajat ana untuk mempelajari Bahasa Turki di Istanbul dimakbulkan Allah S.W.T. Atas nasihat dan cadangan ikhwan yang berada di Istanbul,...

Monday, November 03, 2008

Kunjungan Ukhuwwah : Imam Pulau Krismas

Alor Gajah - Kumpulan Jejak Warisan 2003 iaitu kumpulan projek sulung GPTD ke Pulau Krismas, Australia telah membuat kunjungan ukhuwwah ke rumah Ustaz Ghaffar bin Ismail, iaitu Imam Masjid Pulau Krismas. Ustaz Ghaffar bersama keluarga beliau sedang bercuti di Malaysia dan menghabiskan masa bersama ibu ayah dan saudara - mara di Melaka. Di samping mengambil kesempatan berhari raya, kumpulan Jejak Warisan yang diketuai saudara Kamarul Arifin turut...

Sunday, November 02, 2008

Suhail @ Pulau Kokos: Cerita Bergambar

Cerita kali ini bergambar. Sebelum tiba di Pulau Kokos, aku kena transit di Pulau Krismas. Pulau Krismas pernah aku kunjungi selama sebulan setengah pada tahun 2005.Transit selama 2 jam cukup menjadikan aku subjek tumpuan di situ. Sebaik saja aku melangkah keluar, makcik-makcik di situ memanggil aku. Puas berbual dengan mereka. Dan yang pasti aku akan transit 2 hari bila nak balik nanti.Kalau tadi naik MAS, kali ini naik National Jet [gambar di atas]....

Wednesday, October 29, 2008

Projek GPTD Sri Lanka

Seramai 6 orang sukarelawan gptd (2 lelaki, 4 Perempuan) akan menjayakan Misi Kesukarelaan ke Sri Lanka.- Raja Nurul Balqis Raja Md Arif- Ahmad Fahmi Mohd Samsudin- Nadzifatul Huda Sabri- Syahrir Azfar Saleh- Siti Nur Dalila Melatu Samsi- Ain Najwa Badrul AminMisi ini bertujuan untuk untuk membuat jaringan hubungan bersama masyarakat Melayu di Sri Lanka dan mengenal pasti belia-belia melayu yang berpotensi untuk diberi latihan dakwah di Malaysia...

Suhail @ Pulau Kokos: Kelas Bermula

Di sini ajaran Islam adalah ikut-ikutan. Tiada sistem pembelajaran yang teratur. Bacaan solat contohnya dipelajari secara dengar-sebut.Pernah tak korang bermain modul dengar-sebut? Seorang diberikan satu mesej untuk dihafal. Kemudian suruh dia beritahu kawan sebelahnya mesej yang sama. Begitu juga dengan orang-orang seterusnya. Akhirnya, barulah orang terakhir itu membacakan mesejnya.Kebiasaannya, mesej yang diterima di akhir tu tak sama dengan yang diberikan. Jadi, sama jugalah nasib kebanyakan orang di sini yang ada bacaan solatnya tidak berapa...

Tuesday, October 28, 2008

GPTD @ UNITEN

Bangi - GPTD telah dijemput menghadiri pelancaran 3 sahabat di bawah Persatuan Pengajian Islam dan Peradaban, Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). GPTD diwakili oleh Pengerusi Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) saudara Jufitri bin Joha. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Zaki Abdul Rashid, Ketua Unit Kerajaan dan Komuniti Tenaga Nasional Berhad (TNB). Encik Ahmad Zaki telah melancarkan 3 sahabat iaitu Sahabat Unicomserve...

TRAGEDI HITAM DI KASHMIR : DIMANAKAH PENGHUJUNGNYA?

Dalam wacana sempena memperingati tragedi 27 Oktober 1947 ataupun lebih dikenali sebagai Kashmir Black Day baru-baru ini, Prof Arif Zakaullah menegaskan bahawa kemelut yang masih melanda Kashmir sehingga ke hari ini tidak seharusnya dilihat dari perspektif sempit, konflik di antara India dan Pakistan mahupun antara komuniti Islam serta Hindu semata-mata.Sebaliknya, tragedi yang telah meragut ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa itu seharusnya dilihat sebagai sebuah simbol kegagalan masyarakat antarabangsa menangani krisis kemanusiaan yang berlaku...