Sunday, February 12, 2006

"NATURAL DISASTER IN PAKISTAN & KASHMIR"



Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) - 10 Februari 2006 - Satu ceramah bertajuk "NATURAL DISASTER IN PAKISTAN & KASHMIR, The Roles of Muslim Humanitarian Workers" telah diadakan pada 10 Februari 2006 di Research Centre UIAM anjuran "International Institute for Muslim Unity (IIMU) International Islamic University Malaysia". Ceramah telah disampaikan oleh Dato' Dr. Razak Kechik (Ahli Lembaga Pemegang Amanah GPM), Puan Sharifah Ameenah (Naib Pengerusi GPM) dan Encik Shirajuddin (Pengurus GPM). Encik Shirajuddin turut mengambil kesempatan memperkenalkan GPTD kepada hadirin-hadirat yang hadir.

Turut membantu persiapan teknikal ialah saudara Akhmal Mohd Nor (Penolong Penyelaras 2 GPTD) dan saudara Najmuddin Mohd Nawi (Ketua GPTD Turki - Asia Tengah). IIMU boleh dicapai melalui laman sawang : http://www.iiu.edu.my/iimu/