Tuesday, February 28, 2006

Induksi GPTD 2006



Ayer Keroh, 24 Feb. - GPTD telah melaksanakan kursus induksi untuk pemimpin barunya di Ayer Keroh, Melaka dari 24 hingga 26 Februari. Induksi ini bertujuan memperkukuhkan hubungan di antara para pemimpin yang juga para penggerak utama GPTD serta menetapkan halatuju dan perancangan GPTD bagi sesi 2006/7.

Di antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah aktiviti memperkukuh kejelikatan kumpulan (group binding), perlawanan bowling di Mahkota Parade Melaka, riadah, aktiviti menderma darah, pengisian rohani dan perbincangan. Induksi ini turut diperkukuhkan dengan kehadiran pengasas GPTD, Tn Hj Ahmad Azam yang telah menyampaikan amanat mengenai halatuju GPTD. Saudara Khairul Ariffin Muhd Munir, Setiausaha Agung ABIM pula telah merasmikan majlis penutupan Induksi Pemimpin GPTD 2006/7.