Friday, February 17, 2006

Ceramah Masa Depan Hamas di Palestin dan Karikatur Menghina Nabi S.A.W



Kajang - 15 Februari 2006 - Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Dar al-Hikmah ( KDH) telah menganjurkan ceramah yang bertajuk "Masa Depan Hamas di Palestin dan Karikatur Menghina Nabi S.A.W". Ceramah ini telah disampaikan oleh dua ahli panel iaitu Ustaz Maszlee Malik dari UIA dan saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD. Perbincangan berjalan begitu baik dan mendapat respon yang baik dari peserta. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Palestin dan perkembangannya sila lawat laman sawang versi bahasa Melayu di:http://www.palestinkini.info/ dan untuk menyertai kempen membantah karikatur menghina Nabi S.A.W. sila lawat www.pkpim.net

*Ustaz Maszlee menjemput GPTD untuk menyertai misi peduli umat Islam Palestin di kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan dan Mejar Azlan, Exco Global Peace Mission (GPM) juga pernah menawarkan sukarelawan muda GPTD untuk melakukan pemerhatian ke bumi Palestin yang dicengkam kuasa Yahudi itu. Mungkinkah kita?