Petaling Jaya - 20 Februari 2006 - CENTRE FOR STUDIES IN MODERNITY AND CIVIL SOCIETY (CESMACS) atau PUSAT KAJIAN MODENITI DAN MASYARAKAT MADANI telah menganjurkan wacana yang bertajuk Al-Ikhwan 'L-Muslimun dan Hamas dalam Pilihanraya 2005 & 2006. Panelis yang telah mengupas tajuk tersebut adalah Dr. Muhammad Nur Manuty (Pengarah Bersama Cesmacs dan merupakan bekas Presiden ABIM) dan Dr. Mohd Nor Nawawi (Pengarah Bersama Cesmacs).
Antara fakta-fakta menarik yang telah diutarakan oleh kedua-dua ahli panel ialah Hamas dan Ikhwan telah menang di Palestin dan Mesir adalah kerana kekuatan pegangan akidah mereka dan kerja-kerja khidmat sosial mereka sebelum ini merata ke segenap lapisan masyarakat. Pemimpin-pemimpin Ikhwan yang kaya misalnya telah turun berbuka puasa bersama-sama rakyat di jalan raya ketika bulan Ramadhan dan membiayai perbelanjaan berbuka puasa tersebut. Budaya Arab Mesir adalah mereka suka berbuka puasa di jalan-jalan yang menghidupkan lagi suasana Ramadhan tersebut. Satu fakta menarik yang telah diperbincangkan dalam wacana tersebut adalah kata-kata seorang pemimpin Israel iaitu "Jika Umat Islam Palestin berjaya menjadikan jumlah jemaah orang solat Subuh sama seperti jumlah jemaah orang solat Jumaat, maka zaman kami (Israel) akan berakhir". Dan inilah yang sedang dilakukan oleh Hamas.
Turut hadir saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD dan Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman iaitu Pakar Sejarah Asia Barat yang juga merupakan bekas Naib Presiden ABIM dan Penasihat GPTD Turki-Asia Tengah. Tahniah kepada Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman kerana baru dianugerahi jawatan Profesor oleh Universiti Malaya.
Antara buku yang dihasilkan oleh Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman.