Friday, February 24, 2006

Kuliah Ruhaniyyah - Bekalan Untuk Aktivis GPTD



22 Februari 2006 - Anjung Rahmat - Semua ahli GPTD diwajibkan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan di Anjung Rahmat. Ini termasuklah dua kuliah utama yang menjadi kekuatan aktivis GPTD untuk bergerak di lapangan masyarakat iaitu Kuliah Tauhid yang disampaikan setiap sebulan sekali (8pm-9pm) dan Kuliah Tasauf (8pm-9pm) yang disampaikan 2 bulan sekali. Kuliah Tauhid disampaikan oleh Al-Fadhil Encik Mohd Farid Shahran lulusan dari International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC - http://www.iiu.edu.my/istac/) manakala Kuliah Tasauf Syarah Saed Hawwa Kitab Hikam Sheikh Ibnu Atoillah Iskandari disampaikan oleh Al-Fadhil Sheikh Ahmad Fahmi Zam-Zam Al-Maliki Al-Banjari lulusan dari Madrasah Sheikh Abul Hasan Ali An Nadawi.

Kedua-dua ilmu ini adalah penting bagi aktivis GPTD kerana ia adalah sumber kekuatan dalaman yang memberikan inspirasi dan "nur" kepada perjuangan misi Rahmatalil'alamin ini. Jadual kuliah akan diumumkan melalui GPTD yahoogroups.