Thursday, February 02, 2006

BEST 06

Johor Bharu

Johor Bharu - 30 Januari 2006 - Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha telah menyampaikan ceramah dan taklimat mengenai "Dakwah Praktikal ABIM Melalui GPTD" anjuran Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan ABIM Johor dalam program Bengkel Sukarelawan 2006 (BEST 06). Peserta datang dari pelbagai institusi pendidikan seperti UTM Skudai, Matrikulasi Tangkak, Maahad Johor, Marsah dan Maahad Ulu Tiram.

Sementara itu di Janda Baik, Pahang, Timbalan Pengerusi GPTD, Saudara Izwan Suhadak Ishak telah menyampaikan ceramah "Asas Kesukarelaan" kepada ahli-ahli KPIJ yang belajar di Lembah Kelang. Program tersebut telah diadakan di rumah Penasihat GPTD iaitu Puan Ainon Mohd (Pakar Motivasi dan Pemikiran Lateral).

Janda Baik