Friday, October 21, 2005

Media Launch Ceremony of The Documentary "Malay in Baitullah"

Hence, the full text speech of Vice President of ABIM, Brother Azril Mohd Amin in Media Launch Ceremony of the documentary entitled "Malay in Baitullah" which was held yesterday, Oct 20, 2005 at Islamic Arts Museum Malaysia:

"Alhamdulillah, setinggi – tinggi kesyukuran di rafa’kan ke hadrat Ilahi. Pada April 2005 lalu, Grup Pengkaji Tamadun Dunia Angkatan Belia Islam Malaysia (GPTD ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian mengenai masyarakat Melayu di Tanah Suci khususnya di Mekah dan Madinah. Pihak kami telah menghantar sekumpulan sukarelawan ke Arab Saudi untuk menjalankan kajian terhadap masyarakat Melayu khususnya dalam bidang pendidikan, budaya , ekonomi dan sosial. Hasil kajian tersebut akan dijadikan landasan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti untuk masyarakat melayu di Mekah.

Kesinambungan daripada kajian tersebut, satu lagi cetusan idea daripada GPTD - ABIM akan dijalankan untuk menjejaki sejarah masyakarat Melayu di Mekah. Projek yang diberi nama ‘Melayu di Rumah Allah’ Mekah akan diadakan dengan usahasama Badan Dakwah Melayu Mekah dan projek ini telah dirasmikan pada 14 Oktober 2005 di Hotel Al-Falah, bersebelahan tapak pembinaan Menara Zamzam (Zamzam Tower) . Projek ini dijalankan dalam bentuk bengkel sepanjang Ramadan yang telah bermula semalam, 15 Ramadan sehingga akhir Ramadan yang melibatkan 15 tokoh Melayu yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Hasrat GPTD ABIM adalah untuk memberi pendedahan kepada generasi muda mengenai sejarah kedatangan Melayu di samping mendalami dan memperhalusi budaya, etika selain membina jatidiri Melayu.

Pihak GPTD ABIM telah menghantar wakil iaitu Encik Abdul Rahim Abdullah untuk menguruskan projek ini selama dua minggu di sana dan beliau baru sahaja pulang ke Malaysia 10 hari yang lalu. InsyaAllah, seorang lagi wakil GPTD ABIM, Sdr. Khairul Nizam Zainan Nazri akan ke sana untuk meneruskan usaha murni ini.

Beberapa projek susulan lain turut dirancang diantaranya Hari Konvokesyen bagi meraikan graduan-graduan Melayu Mekah yang telah tamat belajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia serta Kajian Mengenai Haji untuk membantu jemaah sewaktu mengerjakan haji dan umrah.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada MAS International Arab Saudi, dalam usahanya mempromosikan projek Zamzam Tower kepada masyarakat Malaysia dan seluruh dunia, mereka telah sudi menaja dan memberi sokongan dengan hasrat mempereratkan silaturrahim di antara Masyarakat Melayu dan masyarakat tempatan di Mekah. Begitu juga Dar-As Salam, Ansar Channel, Pertubuhan Mekah, Badan Dakwah Melayu Mekah, ABIM, jawatankuasa GPTD ABIM, dan pihak-pihak yang telah menyumbang untuk merealisasikan projek ini".