"SEBAGAI seorang mahasiswa perubatan, kelapangan waktu amat sukar diperoleh. Dengan cuti yang sedikit, ditambah bebanan pelajaran dan harapan menggunung para pensyarah, peluang untuk berkhidmat lama sebagai sukarelawan amatlah sukar didapati. Namun, salah sebuah tugasan di dalam kurikulum perubatan ialah tugasan elektif, iaitu mahasiswa diberi masa enam minggu, dibenarkan membuat apa sahaja, sama ada kajian atau sekadar tugasan biasa, di mana-mana jua asalkan ia berkaitan dengan perubatan.
Dengan tugasan ini, penulis mengambil peluang pergi ke Aceh. Walaupun pada masa itu sudahpun lima bulan bencana berlaku dan dunia sudah melupakan insiden tersebut, penulis masih bertekad untuk ke sana. Dengan pengalaman sebagai aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang motonya 'Hidup Biar Berjasa', penulis ke sana sebagai sukarelawan untuk membantu saudara seagama dan serumpun.
Niat di hati untuk membantu sekadar termampu, di samping menuntut ilmu dan melihat sendiri kesan bencana yang layak dikatakan bencana paling dahsyat zaman ini. Bersama Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), iaitu unit sukarelawan muda Global Peace Mission (GPM), badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di banyak tempat serata dunia, penulis menggabungkan diri menjadi sukarelawan.
Pemergian disertai oleh Pengarah GPM, Shirajuddin Sirat dan Datuk Dr. Abdul Razak Kechik, sukarelawan aktif GPM...."
You want to read more this article written by Zafri Ismadi Mohd Anis (GPTD Activist in Aceh, Indonesia ) ? Please open Utusan Online at: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1020&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama
&pg=ba_02.htm
Picture above: Bro. Zafri (Writer) while treating one of his patient in Aceh.