Saturday, October 01, 2005

KENYATAAN TUN TIDAK BERASASKAN FAKTA



Merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia, Selasa 20 September yang lalu, yang melaporkan Tun Dr. Mahathir Mohammad menyatakan Mustafa Kamal (Ataturk) sebagai ‘menyelamatkan Islam di Turki dan menyelamatkan Turki untuk Islam’. Beliau dilaporkan membuat kenyataan tersebut semasa menyampaikan ucaptama pada Seminar Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2005 di Kuala Lumpur pada 19 September.

Tindakan beliau itu amat dikesali dan tidak berdasarkan fakta yang tepat. Penulis berpandangan, hujah yang beliau kemukakan hanyalah berdasarkan keterlibatan Kamal dalam perang sebagai tentera dan juga pemimpin tentera. Kamal Ataturk dijulang oleh para pendokong sekular sebagai nasionalis yang mempertahankan kedaulatan Turki daripada diceroboh penjajah khususnya dalam Perang Galipolli 1915 dan mengalahkan tentera Greece di Izmir pada 1922. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Tun apabila beliau menyatakan “jika bukan kerana Mustafa Kamal, tidak akan wujud orang Islam di Turki, kerana Turki sudah pasti telah menjadi sebahagian daripada Greece.”....

Untuk tulisan lanjutan sila layari laman sawang GPTD Turki di http://gptd-turki.blogspot.com

Tulisan ini hasil nukilan saudara Najmuddin Mat Nawi-Ketua Grup GPTD Turki (Lihat gambar:Najmuddin di sebelah kiri)