123

Sunday, January 31, 2010

Laporan Teater Laksamana Cheng Ho

Kuala Lumpur, 29 Januari 2010/13 Safar 1431 Hijrah - Bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, telah diadakan Teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho yang dianjurkan oleh ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) yang dahulunya dikenali sebagai ASK (Akademi seni Kebangsaan). Beberapa exco dan ahli GPTD telah berkesempatan menyaksikan teater tersebut. Oleh itu saudari Dalila telah membuat sedikit rumusan tentang perjalanan teater ini.Teater...

Thursday, January 28, 2010

Jom Tonton Teater!!!

GPTD-China mengajak anda semua yang meminati teater mari kita ramai-ramai tonton teater bangsawan "Laksamana Cheng Ho" yang dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) akan diadakan seperti berikut:Tarikh: 29 hingga 31 Januari 2010Tempat: Panggung Bandaraya, Kuala LumpurMasa: 8.30 malamBayaran: PERCUMAInsyallah pihak GPTD akan pergi menyaksikan teater tersebut pada 29hb. Januari 2010 (Jumaat). Jika ada sesiapa yang ingin turut...

Tuesday, January 26, 2010

Tawhid Centre, nadi Islam di Kota Paris

TAWHID Centre Perancis yang diasaskan pada tahun 1992 merupakan Pusat Islam yang menjadi kebanggaan umat Islam di Perancis. Pusat Islam Paris ini terletak di kawasan Saint Denis iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandaraya Paris. Jumlah umat Islam di sini adalah teramai berbanding bandar-bandar lain dalam negara di bawah pemerintahan sekular Nicolas Sarkozy ini. Pada awalnya Pusat Islam ini hanya berfungsi sebagai sebuah pejabat kecil yang...

Kem Belia Antarabangsa (IYG)

Jakarta, 27 Januari 2010/10 Safar 1431H - Subhanallah...Suatu yang mengagumkan bilamana diadakan satu perhimpunan dari seluruh pelosok dunia dari Timur hingga ke Barat.Menghimpunkan 152 jiwa dari 22 negara , demi suatu matlamat mencapai kata sepakat dalam menghurai seboleh mungkin kekusutan ummat kini . Semuanya bagaikan teruja dan terkesima dengan semangat serta iltizam setiap jiwa yang mewakili setiap negara . Menghasilkan suatu sinergi yang...

Monday, January 25, 2010

Bengkel Asas Fasilitator - Pendaftaran Dibuka Sekarang

(klik pada gambar untuk saiz besar)GPTD akan menganjurkan program "Bengkel Asas Fasilitator" yang mana kali ini penyertaan adalah sangat terhad kepada 30 orang sahaja. Ini bertujuan memberikan sepenuh perhatian kepada peserta yang bakal menyertai bengkel ini dan melatih mereka bukan sahaja sebagai seorang fasilitator malah mereka akan diberikan latihan secukupnya dalam mendepani program-program antarabangsa yang melibatkan belia.Oleh itu kepada belia...

Saturday, January 23, 2010

National Youth Agency (NYA)

Leicester, 23 Januari 2010/7 Safar 1431H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi National Youth Agency (NYA) United Kingdom dalam kerangka mempelajari pengurusan isu-isu belia dan kesukarelaan. NYA merupakan badan bebas berpengaruh yang memperjuangkan isu-isu pembangunan belia. NYA juga memadang serius tentang potensi generasi muda yang sering diperlekehkan oleh generasi dewasa. Justeru NYA telah mempromosikan dua projek menghargai potensi belia iaitu 'Celebrating Young People Achievement and Talent' dan 'Young People Leadership'NYA...

Sunday, January 17, 2010

Presiden GPTD berangkat ke Guangzhou, China

Sepang, 16hb Januari 2010 - Presiden GPTD, Saudara Suhail telah selamat berangkat ke Guangzhou, China bagi meneruskan misi dakwahnya di sana. Tetapi kali ini beliau pergi tidak keseorangan ditemani isterinya Saudari Nadzifa yang juga exco GPTD. Misi dakwah kali ini dijangka lebih lama kerana pelbagai perancangan yang akan dibuat di sana.Turut menghantar beliau ahli keluarga kedua-dua belah pihak temasuk pengasas GPTD, En. Ahmad Azam serta rakan exco...

Saturday, January 16, 2010

Kunjungan ke Paris & Penubuhan GPTD Perancis

Paris, 16 Januari 2010/30 Muharam 1431H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi Perancis baru-baru ini dalam kerangka lawatan mahabbah bertemu Gabungan Muslim Perancis (CMF) dan melawat Pusat Islam Paris. Selain itu saudara Jufitri juga turut bertemu Brother Abdul Basset;Presiden CMF, Brother Fouad Imarrine; Exco European Muslim Network (EMN) dan juga membuat perbincangan awal menubuhkan GPTD Perancis. Ikuti catatan beliau di h...

Friday, January 15, 2010

Presiden berkunjung ke USIM

Nilai, 10 Januari 2010 - Presiden GPTD, Muhammad Suhail Ahmad dan isteri nya selaku EXCO Publisiti, Nur Nadzifa Ahmad Azam, telah berkunjung ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) buat pertama kali untuk berkenalan dan berbincang dengan ahli-ahli GPTD.USIM mempunyai dua grup utama iaitu GPTD Syria dan GPTD Maghribi. Grup ini terdiri daripada 7 dan 8 orang ahli komited yang merancang untuk memulakan eksplorasi awal ke negara projek pertengahan...

Monday, January 11, 2010

Kempen 1B1A: Poster 3

POSTER 3: PLEASE FLUSH AFTER USE sudah dilancar...

Sunday, January 10, 2010

GPTD Turut Serta Dalam Misi 'Jalan-Jalan Cari Kawan' Tahun Baru 2010

Mari ikuti pengembaraan Sambutan Tahun Baru 2010Lokasi pilihan : KLCCBersama kami, krew Jalan-Jalan Cari Kawan (ABIM + GPTD)Operasi bermulaLautan manusia di dataran KLCCAntara belia yang didekatiDimanakah anak-anak anda sekarang?Celik atau tidak, itu bukan penghalangKeheningan malam bertukarLetupan yang dinantikan?Transformasi manusiaYeahh!!! Usai misi, kita makan beramai-ramaiSepanjang misi ini berlangsung, kami diberi tugasan supaya mengedarkan...

Saturday, January 09, 2010

Timbalan Presiden GPTD berlepas ke Syria

Dari kiri: Hakim, Firhad, Rashdan, Shazni, Akmal & FirdausSepang, 9hb Januari 2010 - Saudara Shazni, Timbalan Presiden GPTD telah berlepas ke Syria untuk Misi Kembara Ilmu Syria.Insyallah dalam perancangan dia akan berada di sana lebih kurang 5 bulan. Turut meghantar beliau di lapangan terbang termasuk Pen. Setiausaha, Saudara Hakim, Exco dan staf ABIM serta rakan-rakan yang lain. Kami di GPTD mendoakan agar dipermudahkan perjalanan dan berjaya...

Monday, January 04, 2010

Salam Solidariti Untuk Muslim Ottawa Association

GPTD telah memanjangkan salam solidariti dan perkenalan dengan umat Islam Kanada melalui Muslim Ottawa Association dan baru-baru ini umat Islam Kanada telah menganjurkan persidangan terbesar Reviving Islamic Spirit (RIS). RIS boleh dilayari di http://revivingtheislamicspirit.c...

Sunday, January 03, 2010

Hari Keluarga GPTD 2010

Tasik Titiwangsa.- Sabtu, 2 Januari 2010 - Alhamdulilah Hari Keluarga GPTD yang dirancang berjalan dengan penuh kemeriahan. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang menjayakan hari yang bersejarah itu. Jom kita layan gambar sekitar hari tersebut....~Senaman regangan otot~~Kaum hawa~~Santapan Pagi~~Tiup Sampai Pecah~~Aktiviti Berkumpulan~~Mari Menganyam~~Isi Air Dalam Botol~~Lontar Getah Dalam Straw~~fuhhhh~~Sedikit Pengisian~~Santapan Rohani~~Hadiah...

Friday, January 01, 2010

Misi Kembara Ilmu Syria

Tanggal 9 Januari 2010 ini, seorang lagi sukarelawan GPTD; Mohd Shazni Abdullah, merangkap Timbalan Presiden GPTD akan memulakan misi kembara ilmu beliau ke Syria.Objektif utama kembara ilmu beliau adalah untuk memperkasa penguasaan Bahasa Arab disamping memperluas jalinan antarabangsa GPTD. Beliau yang akan mengembara seorang diri dijangka menetap di sana selama beberapa bulan.Justeru itu, kepada pihak-pihak yang ingin meringankan beban misi ini...