Sunday, January 31, 2010

Laporan Teater Laksamana Cheng Ho

Kuala Lumpur, 29 Januari 2010/13 Safar 1431 Hijrah - Bertempat di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, telah diadakan Teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho yang dianjurkan oleh ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) yang dahulunya dikenali sebagai ASK (Akademi seni Kebangsaan). Beberapa exco dan ahli GPTD telah berkesempatan menyaksikan teater tersebut. Oleh itu saudari Dalila telah membuat sedikit rumusan tentang perjalanan teater ini.

Teater enam babak ini mengisahkan tentang kehebatan Laksamana Cheng Ho sebagai keturunan pelaut yang sangat hebat dan menjadi kebangaan rakyat jajahan benua China. Beliau juga di gambarkan sebagai seorang yang patuh pada ajaran Islam. Maharaja Meng sangat mengagumi Laksamana Cheng Ho kerana jasa-jasa dan kesetiaan ayahanda Laksamana terhadap Maharaja Meng sendiri. Kerana itu Maharaja telah menganugerahi gelaran Laksamana kepadanya.

Babak-babak awal dikisahkan tentang perasaan cinta Puteri Hang Di Po kepada Laksamana Cheng Ho yang di serlahkan melalui nyanyian antara keduanya. Namun kisah percintaan antara Laksamana Cheng Ho dan Puteri Hang Di Po tidak dapat di teruskan kerana kesetiaan Laksamana Cheng Ho terhadap Maharaja Meng. Melatari semangat serta kesetiaan Laksamana Cheng Ho yang dipertanggungjawabkan oleh Maharaja Meng untuk membawa puterinya, Ang Di Po berlayar ke gugusan pulau di benua China, urusan penghantaran utusan ke Melaka di tangguhkan.

Ketika dalam pelayaran, Puteri Ang Di Po yang menaruh hati kepada Laksamana Cheng Ho telah mengugut untuk membunuh diri sekiranya cintanya ditolak. Bagaimanapun, demi taat setianya kepada Maharaja Meng serta prinsip enggan menderhaka, Laksamana Cheng Ho telah melakukan pengorbanan besar dalam hidupnya.

"Demi kesetiaan dan ketaatanku kepada Maharaja Meng. Demi kehormatan ku kepada ayahanda Maharaja. Ku korbankan cinta ku. Ku korbankan zuriatku," itu antara petikan dialog bagi watak Laksamana Cheng Ho dalam persembahan tersebut.

Maharaja Meng yang merasa malu dengan kejadian tersebut dan sikap Puterinya telah mengambil keputusan untuk menghilangkan diri ke tempat yang tidak diketahui. Beliau juga telah mengamanahkan semua urusan kerajaan di tangan Maharani. Teater berakhir dengan kisah kesedihan Puteri Hang Di Po yang terpaksa dihantar ke Melaka untuk di kahwinkan dengan Sultan Melaka bagi memenuhi wasiat Maharaja.

Antara pelakon yang menjayakan teater bangsawan ini adalah Que Haidar sebagai Laksamana Cheng Ho, Abby Nadzri (Puteri Ang Di Po), Marlenny Deen Erwan (Yang Lu Sai Su), Xavier Fong U-Shin (Maharaja Meng) dan Along Eyzendy (Ma Ta Hai). Teater ini diarahkan oleh Mohd Sharul Mizad Ashaari dan mereka juga turut mengundang penyanyi seperti Aishah sebagai jemputan.

Pementasan selama tiga malam berturut-turut ini dibuat secara percuma dan merupakan projek perintis Alumni Aswara dengan kerjasama Aswara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Rujukan:

http://www.utusan.com.my