Jakarta, 27 Januari 2010/10 Safar 1431H - Subhanallah...Suatu yang mengagumkan bilamana diadakan satu perhimpunan dari seluruh pelosok dunia dari Timur hingga ke Barat.Menghimpunkan 152 jiwa dari 22 negara , demi suatu matlamat mencapai kata sepakat dalam menghurai seboleh mungkin kekusutan ummat kini . Semuanya bagaikan teruja dan terkesima dengan semangat serta iltizam setiap jiwa yang mewakili setiap negara . Menghasilkan suatu sinergi yang luar biasa . Malaysia yang menghantar seramai 12 delegasi yang mewakili 6 persatuan iaitu Saiful Islam dan Nukman mewakili Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH) , Akmal Hisham dan Zikri mewakili ABIM , Wan Mohamad Wasif dan Faisal mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ,Ahmad Fahmi dan Fatin mewakili Global Peace Mission (GPM) , Putra Aliff dan Saifullah mewakili Future Global Network (FGN) dan Khairul Anuar dan Nor Akmariah Yayasan Takmir .
Turut serta di dalam program selama seminggu di Indonesia ialah Pengerusi GPTD Ashabul Kahfi , saudara Saiful Islam yang mewakili WADAH dan dari Grup Sri Lanka saudara Ahmad Fahmi mewakili GPM . Ini sedikit sebanyak memberikan pendedahan dakwah yang bersifat antarabangsa kepada mereka disamping membina jaringan-jaringan baru di serata negara-negara Islam sedunia . Burkina Faso , Sudan , Bangladesh , Pakistan , Serbia dan pelbagai negara minoriti Islam lain adalah diantara mereka yang menawarkan tautan serta salam ukhuwwah disamping bersedia membina rangkaian NGO Islam sedunia demi kemaslahatan ummah . Moga kebaikan dan kata sepakat yang tercapai di dalam perhimpunan buat kali ke-3 ini mampu menghadirkan kesan kepada kelangsungan dakwah dan meneruskan perjuangan demi memartabatkan ummah . Ameen
Diskusi selama 7 hari bermula 17 Jan sehingga 24 Jan 2010 diisi sarat dengan tentatif program seumpama seminar , sesi berdialog & soal jawab , perbincangan di dalam kumpulan yang berlainan negara serta sesi lawatan dan program menziarahi tempat-tempat yang menarik di sekitar Jakarta dan Bandung mewarnai International Youth Gathering (IYG) kali ke-3 ini.