Leicester, 23 Januari 2010/7 Safar 1431H - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi National Youth Agency (NYA) United Kingdom dalam kerangka mempelajari pengurusan isu-isu belia dan kesukarelaan. NYA merupakan badan bebas berpengaruh yang memperjuangkan isu-isu pembangunan belia. NYA juga memadang serius tentang potensi generasi muda yang sering diperlekehkan oleh generasi dewasa. Justeru NYA telah mempromosikan dua projek menghargai potensi belia iaitu 'Celebrating Young People Achievement and Talent' dan 'Young People Leadership'
NYA boleh dilayari di http://www.nya.org.uk/