123

Friday, October 30, 2009

Korban dari Pulau Kokos, Australia

Assalamualaikum. Saya telah menerima hajat dari penduduk Melayu Islam Pulau Kokos untuk mengadakan ibadah korban di sini pada tahun ini. Mereka telah setuju untuk menyediakan pembayaran bagi pembelian seekor lembu untuk dilaksanakan ibadah korban bagi pihak mereka. Memandangkan jaringan dan persaudaraan yang telah dijalin lama antara kita dan mereka, maka mereka mempercayai kita bahkan berhajat untuk kita (ABIM/GPTD/GPM) mengendalikan ibadah korban...

Wednesday, October 28, 2009

Tahniah kepada Pengerusi

Negeri Sembilan, 28 Okt 2009 - Ucapan tahniah daripada kami seluruh jawatankuasa kepemimpinan GPTD dan ahli-ahli kepada Sdr Jufitri Joha, Pengerusi GPTD atas kelahiran anak keduanya pada awal pagi tadi.Didoakan agar anak perempuan yang dilahirkan itu bakal menjadi srikandi harapan negara dan umat yang dibanggakan kelak atas jasanya terhadap agama dan masyarakat mengikut jejak langkah ayahn...

Tuesday, October 27, 2009

Berita Daripada Grup Ashabul Kahfi Kemboja (2)

Phnom Penh - Alhamdulillah....satu perkembangan yang amat bagus...ni baru kali kedua saya datang ke interne cafe di sini.....ada ruang kosong sementara menunggu kedatangan sahabat setempat di sini , Soleh bin Zakaria untuk menziarahi keluarganya yang menetap di Phnom Penh. Semalam digunakan masa dengan urusan menziarah serta melawat penduduk di wilayah Chenang dibawa oleh Ahli Jawatankuasa CMIA . Mengikut Ustaz Farid ada sebuah sekolah kerajaan di wilayah ini yang berpotensi untuk diadakan kelas agama pada sebelah petangnya . Sama seperti di Malaysia...

Friday, October 23, 2009

PROGRAM BELIA MABIMS TAHUN 2009

Jawa Barat, Indonesia- 19 - 24 Oktober 2009 / 30 Syawal - 5 Zulkaedah 1430 - Satu program Leadership Training Belia MABIMS telah diadakan bertempat di Ciater Subang, Provinsi Jawa Barat Indonesia. Program yang bertemakan Meningkatkan Kompetensi Kepimpinan dan Daya Saing Belia Dalam Menghadapi Persaingan Global ini diadakan bertujuan untuk berkongsi pengalaman berhubung pembangunan belia di kalangan negara-negara anggota, membincangkan isu-isu penyelesaian...

GPTD China membantu muallaf

Kuala Lumpur, 30 September 2009 - Muallaf yang mendapat bimbingan Muhammad Suhail Ahmad, sukarelawan GPTD di Guangzhou, China telah bercuti ke Malaysia untuk beberapa urusan penting.Dia telah direkodkan pengislamannya di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan nama Islamnya Ainul Mardhiyyah Mein Thien. Pujian dan penghargaan tinggi layak diberikan kepada JAWI yang memudahkan segala urusan.Kad akuan memeluk Islam disiapkan JAWI tak sampai sejam...

Thursday, October 22, 2009

Terbuka kepada ahli GPTD

Tawaran menyertai program anjuran International Movement for a Just World (JUST) kepada mana-mana ahli GPTD yang berminat.Berikut adalah butiran program:3rd Inter-civilizational Youth Engagement Program (IYEP3)Ethics and the Global Economic Crisis: Pointers for the Future 22- 26 November 2009Kuala Lumpur , MALAYSIA Program akan disertai oleh belia-belia seluruh dunia. Ahli GPTD yang ingin menyertai program ini...

Wednesday, October 21, 2009

Kuliah Umum dan Perbicangan Berkenaan GPTD Di Sheffield, UK

Rakaman Kuliah Umum Jufitri Joha berkaitan Isu Semasa, Aktivis Belia dan Idea Penubuhan GPTD di Sheffield, UK Sempena Pertemuan Eidulfitri MISG ABIM UK pada 27 Syawal 1430 H / 17 Oktober 2009 seperti di 'link' berikut :http://www.ustream.tv/recorded/2371...

Monday, October 19, 2009

Perbincangan Penubuhan GPTD Eropah di Sheffield, UK

Sheffield, United Kingdom- 18 Oktober 2009 / 29 Syawal 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menghadiri dan mengisi program pertemuan dan jamuan hari raya Malaysian Islamic Study Group (MISG). Pertemuan tersebut turut dihadiri saudari Addawiyah Salim; Koresponden GPTD di UK dan juga saudara Suhaib Hamidi; Presiden Persatuan Melayu United Kingdom yang juga merupakan rakan kongsi GPTD.Pertemuan tersebut turut membincangkan penubuhan dan gerak...

Grup Ashbul Kahfi di Kemboja

Phnom Penh- 18 Oktober 2009 / 29 Syawal 1430 - Demikian email saudara Saiful Islam, Pengerusi Grup Ashabul Kahfi kepada Pengerusi GPTD :"Waalaikumussalam, Alhamdulillah dan syukran jazilan pada abang atas kata-kata sokongan Maaf sebab lambat balas , ana baru pertama kali ke internet cafe di sini. Ana sekarang berada di Phnom Penh . Mengadakan kerjasama dengan CMIA ( Cambodian Muslim Islamic Alliance )di bawah seliaan Ustaz Farid yang bertugas sepenuh...

Saturday, October 03, 2009

SU Kewangan Selamat Diijabkabulkan

Kepong, 3hb Oktober 2009 - Setiausaha Kewangan GPTD, Saudari Ain Najwa telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Saudara Afham pada malam semalam dan majlis kenduri dilangsungkan pada hari ini. Untuk makluman, Ain Najwa juga ialah ketua GPTD Sri Lanka. Ramai tetamu yang hadir khususnya tetamu dari Sri Lanka di mana tempat GPTD Sri Lanka membuat kajian dan khidmat sosial di sana turut sama-sama menghadiri majlis tersebut.Kami dari GPTD mengucapkan...

Thursday, October 01, 2009

Pengerusi GPTD di UK

Sepang, 28hb September 2009 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya di peringkat Sarjana (Master) dalam 'Community and Youth Work'. Presiden GPTD, Saudara Suhail bersama-sama exco yang lain turut menghantar beliau ke lapangan terbang KLIA. Turut hadir sama saudara Muhd. Razak Idris;Presiden ABIM, saudara Wan Fazamy;Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, keluarga beliau dan lain-lain.Insyallah...