123

Wednesday, December 31, 2008

Catatan Ketua Penyelaras (Disember ’08)

4 Disember- Mesyuarat Khas Penubuhan Briged Bakti Malaysia (turut hadir)5 Disember- Mengisi slot ‘Diskusi Intelektual’ di Program T.O.T. Briged Bakti Negeri Kelantan bersama Pengerusi GPTD- Perbincangan dengan sukarelawan GPTD dari Cosmopoint Kota Bharu – satu projek telah dipersetujui mereka gerakkan: Projek Ko Samui 2009 (Misi Bahasa Inggeris dan Pembelajaran Komputer)6 – 9 Disember (‘Idul-Adha)- Bersama-sama Setiausaha Biro Multimedia, Sdr. Hakim,...

Misi Rumah Putih

Ziarah Ilmu di Rumah PutihMisi Grup Ibn Battutah diteruskan seperti rutin sebelumnya. Program yang bersifat ziarah ilmu bagi merapatkan ukhwah Islamiyyah sesama masyarakat dan pesakit HIV muslim.Saya suka katakan program berkala ini sebagai satu misi. “Misi Rumah Putih” yang diambil sempena daripada nama sebuah Rumah Perlindungan HIV di Batu Arang bernama White House. Rumah bercirikan sebuah gereja Kristian berwarna putih salju terletak gah tinggi di atas lereng bukit.Misi Rumah Putih adalah bermatlamat untuk mengembalikan jiwa hamba kepada fitrah...

Thursday, December 25, 2008

GPTD di Kelantan

Pengerusi GPTD, Sdr. Jufitri dan Ketua Penyelaras, Sdr. Najmuddin berada di Kelantan dari 25 hingga 26 Disember.Wakil GPTD berada di Kelantan bersempena dengan Mesyuarat Agung Khas Briged Bakti Negeri Kelantan yang akan dipinda menjadi Briged Bakti Malaysia. GPTD bertindak sebagai rakan NGO kepada Briged Bakti. Ahli-ahli Briged Bakti juga akan ditawarkan ruang untuk mengikuti latihan dan gerak kerja GPTD di luar negara.Sehubungan dengan itu, GPTD...

Monday, December 22, 2008

Sehari Bersama Ahli Parlimen

Baru-baru ini beberapa exco GPTD telah berkunjung ke Kedah negeri Jelapang Padi untuk mengadakan pertemuan dengan pelajar Institut Kemahiran MARA dan pejabat ABIM Negeri Kedah untuk membincangkan penubuhan cawangan GPTD serta penubuhan Briged Bakti Negeri.Mereka berkesempatan membuat lawatan ke rumah ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Ahmad Kassim serta mengadakan sedikit perbincangan apa yang boleh dibangunkan di Negeri Kedah. Antara cadangannya ialah...

Thursday, December 18, 2008

Ziarah Ilmu ke Rumah Putih & Tujuh

Ziarah ke Rumah PutihGrup Ibn Battutah sekali lagi turun ziarah ke Batu Arang untuk bertemu dengan penghuni HIV muslim. Tepat jam 11 pagi saya terus berhenti di hadapan pintu pagar utama Gereja Rumah Putih. Pengawal keselamatan berbangsa India memaklumkan kepada saya, pagar terpaksa dikunci untuk mengelakkan penghuni dariapda keluar. Kadang kala beliau menjalankan tugas meronda di sekitar gereja untuk meninjau kalau-kalau ada penghuni yang berkeliaran kerana itulah pagar di kunci. Saya mengiyakan sahaja dengan memandu kereta VIVA masuk ke laman...

Tuesday, December 16, 2008

TAKBIR RAYA DI GEREJA RUMAH PUTIH

Pertemuan Ukhwah Hari Raya QurbanPada hari Selasa tanggal 9 Disember 2008 bersamaan 11 Zulhijjah 1429H, Grup Ibn Battutah bersama sahabat-sahabat dari Rumah Perlindungan Baitul Fiqah dan PEPIAS berpeluang hadir ke Batu Arang, Selangor meraikan penghuni HIV muslim di Rumah Perlindungan HIV sempena hari kedua Raya Qurban. Rumah Perlindungan HIV ini dikendalikan oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Welcome Home Community. Pengurusnya adalah Father Alex seorang paderi. Terdapat lebih 70 orang penghuni yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum...

Wednesday, December 10, 2008

Bill Clinton di Malaysia

Pada 5 Disember baru-baru ini, saudari Puteri Nur Azwa, exco GPTD dan Pn Azini staf ABIM berpeluang menghadiri syarahan sulung bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dalam peringatan BC Sekhar di Dewan Plennary, Kuala Lumpur Convention Centre.Program anjuran Yayasan Sekhar dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) . Ribuan yang hadir untuk mendengar syarahan beliau walaupun program bermula agak lewat kerana sebelum itu beliau telah...

Info Terkini GPTD

Assalamualaikum wrh. wbt.TaqabbalalLahu Minna wa MinkumSalam 'Idul-Adh-Ha 1429Kullu 'Aam wa Antum biKhair1. AlhamdulilLah, sukarelawan GPTD yang menyertai misi dokumentasi Qurban 1429H di wilayah Pattani telah selamat kembali ke tanah air.2. Hasil mesyuarat GPTD Pusat dengan sukarelawan GPTD, projek baru ke Ko Samui, Surat Thani, Thailand telah diwujudkan. Projek ini dianggotai oleh sukarelawan GPTD dari Cosmopoint Kota Bharu. 3. Pengerusi dan 3 orang AJK GPTD akan berada di Kedah untuk bertemu wakil Institut Kemahiran MARA bagi membincangkan...

Saturday, December 06, 2008

GPTD di Selatan Thai

6 Disember 2008, Yala - GPTD telah menghantar 2 orang wakil untuk menyertai Misi Korban Aidiladha di bawah Global Peace Mission (GPM) dan Zakat Foundation of America di Yala, Selatan Thai. Mereka akan berada di sana selama 3 hari untuk membuat dokumentasi dan menyertai program korban di Selatan Thai ini. Antara tujuan lain membantu GPM mendapatkan maklumat tentang penerima agihan korban untuk dijadikan bahan dokumentasi.Program seperti ini salah...

Friday, December 05, 2008

Pengerusi GPTD di RTM 1

Pengerusi GPTD, Sdr. Jufitri Joha telah diundang ke program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM 1. Slot beliau akan bermula pada jam 8:00 pagi, Ahad 7 Disember 2008.Sdr. Jufitri akan membicarakan tajuk "Pengorbanan Generasi Muda dalam Membangunkan Negara". Beliau turut diberi ruang untuk memperkenalkan GPTD.Nantikan kemunculan beliau di kaca televisy...

Thursday, December 04, 2008

4 Disember 2008, Pengkalan Chepa - Saudara Najmudin (Penyelaras GPTD) & Saudara Hakim (Unit Media GPTD) telah menghadiri Mesyuarat Khas II Penubuhan Briged Bakti Malaysia yang diadakan di pejabat Operasi ABIM Kelantan. Mesyuarat ini bertujuan menubuhkan Briged Bakti di peringkat kebangsaan yang mana sebelum ini hanya ditubuhkan di Negeri Kelantan sahaja. Melihat kepada perkembangan yang memberangsangkan mesyuarat ini diadakan bagi merialisasikan...

Tuesday, December 02, 2008

Pada 2 Disember yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menerima kunjungan daripada dua persatuan yang digerakkan oleh masyarakat Islam di Thailand, iaitu Young Muslim Association of Thailand dan Muslim Attorney Centre.Kunjungan tersebut disambut telah oleh Timbalan Presiden ABIM, Dr Mohd Farid Shahran serta beberapa pimpinan ABIM. GPTD turut diwakili oleh Saudara Firdaus Hamsin, Unit Dokumentasi & Penerbitan.Sepanjang pertemuan...