Tuesday, May 02, 2006

Aktiviti GPTD Terkini



2 Mei, 2006 - KLIA - Saudara Noryzal Zainal Abidin, aktivis senior GPTD telah berlepas ke Bandung untuk mengikuti kursus Manejemen Qalbu bersama pendakwah terkenal Indonesia, Agym. Beliau akan berada di sana selama 2 minggu sehingga 17 Mei 2006. Beliau juga berusaha untuk mendapatkan kerjasama dari Agym untuk ABIM dan GPTD menjadi wakil mereka di Malaysia dalam melatih lebih ramai yang berminat dengan Manejemen Qalbu.

30 April, 2006 - Kepong - Ikatan Anak-Anak Ahli ABIM PKPIM (IKRAK) dengan kerjasama GPTD telah menjalankan program "Jungle Trekking" untuk melatih ahli-ahli dengan aktiviti lasak. Aktiviti ini telah diadakan di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM).