Sunday, September 18, 2005

GPTD Volunteer Workshop 2005



Bertempat di Bilik Seminar 2, Bengkel Sukarelawan Muda GPM-GPTD telah diadakan pada hari Sabtu, 17 September 2005. Bengkel bermula pada jam 9.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Pengurus Global Peace Mission (GPTD), En. Shirajuddin Sirat. Dalam ucapannya, beliau menekankan niat yang ihklas adalah asas dalam melaksanakan kerja-kerja kesukarelaan. Beliau juga mengingatkan, keredhaan Allah menjadi matlamat setiap tindakan. Selain itu, beliau turut mencadangakan, A-K-B (Apa?-Kenapa?-Bagaimana?) menjadi asas setiap tindakan bagi seorang sukarelawan.

Bengkel diteruskan dengan sesi ceramah oleh Mejar (B) Azlan Mohammad Sharif mengenai asas kesukarelaan. Mejar (B) Azlan telah menerangkan mengenai ciri-ciri yang harus ada pada seorang sukarelawan. Sesi diteruskan dengan tayangan video mengenai Palestin.

Selepas rehat, bengkel diteruskan dengan taklimat ringkas GPTD oleh Penyelaras Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Sdr. Jufitri Joha. Para peserta, Exco serta ketua projek GPTD turut memperkenalkan diri pada awal sesi ini.

Sdr. Jufitri memperkenalkan objektif dan fungsi GPTD sebagai unit sukarelawan muda GPM. Selain itu, beliau turut menerangkan mengenai projek-projek GPTD yang telah dan akan berjalan.

Para peserta berpeluang berkongsi pandangan masing-masing pada sesi akhir bengkel ini. Bengkel tamat pada jam 1.35 tengah hari.