Friday, June 11, 2010

GPTD Pindah Barang

Ampang, 9 Jun 2010 - GPTD bersama-sama ABIM telah bergotong-royong memindahkan barang-barang dari Sekreteriat ABIM lama yang berada di Ampang ke sekreteriat yang baru terletak di Taman Cemerlang. Gotong-royong telah diadakan sejak awal pagi kerana barang-barang yang harus dipindahkan terlalu banyak. Alhamdulillah hampir semua barang dapat dipindahkan. Tetapi semua barang masih tidak dapat disusun dengan teratur kerana beberapa faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, semua telah bersetuju untuk mengadakan sekali lagi gotong-royong pada 14 Jun 2010, Isnin. Mohon jasa baik kepada semua ahli GPTD yang berkelapangan pada tarikh tersebut untuk sama-sama membantu menjayakan gotong-royong ini.