Monday, February 08, 2010

Program Rekreasi Ilmu (PRI)

Leeds, 7 Februari 2010/23 Safar 1431H - GPTD Eropah terus memulakan inisiatif untuk memperkenalkan GPTD Eropah kepada para pelajar Malaysia di bumi Eropah khususnya United Kingdom. Terbaru GPTD Eropah akan mengadakan Program Rekreasi Ilmu (PRI) untuk mengumpulkan penggerak muda bagi memulakan usaha Rahmatallilla'lamin. PRI dijangka akan diadakan pada bulan 2-4 April 2010.

Pelbagai pengisian telah diatur dengan jangkaan dibarisi panel-panel pembentang antarabangsa yang berwibawa seperti Sheikh Dr. Afifi al-Akiti (Oxford), Brother Abdul Basset (Perancis), Hamzah Bharat (Turki) dan lain-lain.