KLATEN, 1 November / 24 Dzul Qa'idah - Aktivis GPTD seramai tujuh orang yang sedang mengikuti XPDC Wali Songo telah berpeluang menghulurkan tangan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana letusan Gunung Merapi.
Bantuan tenaga relawan telah diberikan melalui Global Peace Mission Malaysia (GPM) dengan kerjasama Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) yang telah membuka Posko Peduli Merapi di Ngrancah Bumiharjo Kemalang Klaten.
Pengagihan selimut, bantal, tuala, tikar dan alas tidur kepada mangsa bagi keselesaan mereka di kawasan pengungsian adalah antara bantuan tenaga yang telah diberikan.
Pengagihan selimut, bantal, tuala, tikar dan alas tidur kepada mangsa bagi keselesaan mereka di kawasan pengungsian adalah antara bantuan tenaga yang telah diberikan.
Kesempatan yang tidak diduga ini pasti meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila kesemua aktivis GPTD yang terlibat dapat merasakan sendiri kepayahan hidup masyarakat di negara jiran yang tinggal berdekatan garisan gunung berapi.
Antara masalah yang dihadapi para mangsa bencana ialah anak-anak mereka tidak bersekolah disebabkan sekolah-sekolah berdekatan telah dijadikan pusat pengungsian. Hanya terdapat sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Darurat.
Di sini aktivis GPTD akan mengadakan aktiviti menarik bagi pengisian minda dan rohani anak-anak yang berusia sekitar enam hingga 12 tahun.
0 comments:
Post a Comment