Kota Marudu, 19 Disember 2010 – ABIM Sabah dengan jayanya meneruskan program tahunan yang cukup berkesan dan menarik iaitu diberi nama Kembara Amal. Pada tahun ini adalah kali yang ke 6 program itu dijalankan di Negeri Sabah.
Mohd Shazni Abdullah, Timbalan Presiden GPTD, telah dipilih untuk menyertai program anjuran ABIM Negeri Sabah tersebut. Kembara 6 hari 5 malam ini bermula di Kota Kinabalu menuju ke daerah Kota Marudu dan berkampung di empat buah kampung tertentu di daerah tersebut.
Hampir 40 orang peserta dari ABIM Kota Kinabalu, ABIM Ranau, ABIM Kota Marudu dan wakil dari Majlis Belia Brunei telah menyertai kembara amal ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti menziarahi penduduk kampung, forum dialog yang membincangkan keindahan Islam, forum kekeluargaan, gotong royong kubur dan masjid, sukaneka dan banyak lagi. Aktiviti kemanusiaan sebegini mampu menjadikan peserta dan penduduk kampung begitu mesra.
Program yang berkonsepkan dakwah dan penghayatan nilai Islam ini berjaya bukan sahaja menarik minat penduduk kampung, tetapi ia juga merapatkan ukhwah yang begitu erat antara peserta.
Semoga keindahan ukhwah ini sentiasa dipelihara olehNya dan usaha dakwah dan misi Rahmatan lil Alamin di Sabah ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. InsyaAllah.
0 comments:
Post a Comment