Showing posts with label Wali Songo. Show all posts
Showing posts with label Wali Songo. Show all posts

Wednesday, October 06, 2010

Seminar Pemikiran Wali Songo di Surabaya


Surabaya, 3 Oktober 2010 - Naib Presiden GPTD, Sdr Izwan Suhadak telah mengikuti Seminar Pemikiran : Membedah Visi Da'wah Wali Songo anjuran IMAN selangor & Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia, Jawa Timur. Kehadiran seramai 200 orang peserta daripada seluruh Indonesia serta 16 orang delagasi ulama dari Malaysia telah mendengar dengan tekun dan turut terlibat dalam sesi soal jawab. Pembentang daripada Malaysia, Prof Dr Ahmad Zaki Pensyarah CITU, UiTM dan Ust. Nik Yusof YDP IMAN Selangor. Manakala dari Indonesia Prof Dr Aminudin dan Prof Dr Ali Musfrodi masing-masing dari Universitas Negeri Surabaya dan IAIN Sunan Ampel.

Sebelum itu, Sdr Izwan bersama rombongan dari Malaysia sempat ziarah ke Masjid Ampel, Makam Sunan Ampel, Makam Syeikh Malik Ibrahim, Makam Syeikh Maulana Ishak (Bapa Sunan Giri), Makam Sunan Giri di sekitar wilayah Jawa Timur. Kesempatan ini adalah tinjauan awal dan persediaan untuk XPDC Wali Songo yang akan berlangsung pada 1-14 November 2010. Di setiap destinasi makam pasti kehadiran tetamu untuk berziarah akan penuh dengan bacaan tahlil untuk disampaikan kepada wali Allah. Semangat dan hikmah dakwah mereka patut diteladani dan diadaptasi dalam waqi' setempat.

Friday, March 26, 2010

Grup Wali Songo mulakan langkah

Grup Wali Songo adalah grup baru dan telah dimulakan di GPTD UNISEL. Pertemuan pertama di Perpustakaan Unisel telah diadakan selepas solat Jumaat di Pusat Islam pada 12 Mac 2010. Sesi pertemuan mengambil masa sekitar satu ke dua jam berbincang hasil dapatan kajian Wali Songo. Grup ini yang diketuai oleh Sdr. Muhammad Izzat Chiairil Anuar dan dibantu oleh Sdr. Mohamad Annuar. Sdr. Muhammad Izzat yang juga dikenali juga sebagai Wak Jat merupakan seorang berketurunan Jawa Malaysia dan fasih berbahasa Jawa. Begitu juga Sdr. Mohamad Annuar yang merupakan Jawa Jalan Kebun.

Grup Wali Songo masih membuka keahlian kepada mahasiswa (kampus Unisel atau luar) untuk turut serta dalam gerak kerja yang sedang dirangka dalam tempoh enam hingga dua belas bulan. Insya Allah jika semua telah bersedia grup akan ke Pulau Jawa untuk lebih dekat membuat kajian dan berbakti di sana. Jika berminat boleh hubungi atau sms pada Wak Ijat di talian 0176979914.