123

Wednesday, December 29, 2010

Projek Perpustakaan GPTD di Cirebon

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2010 - Projek Perpustakaan GPTD di Cirebon telah dilancarkan pada 25 Disember lalu sempena program Perkongsian Pengalaman XPDC Wali Songo, Cheng Ho dan Kembara Mesir. Berita ini telah dimuatkan dalam KOSMO! bertarikh 28 Disember.Projek ini adalah susulan kepada XPDC Wali Songo yang telah mengunjungi Maahad Ihya al-Muballighin Dakwah Bil Hal di Cirebon yang memerlukan sebuah perpustakaan bagi menggalakkan budaya membaca di...

Jom Jejak Belia Metropolitan!!!

Sukarelawan diperlukan seramai yang mungkin..Berminat?Hubungi nombor tertera di poster..Jom Jejak...

Monday, December 20, 2010

KEMBARA AMAL 2010

Kota Marudu, 19 Disember 2010 – ABIM Sabah dengan jayanya meneruskan program tahunan yang cukup berkesan dan menarik iaitu diberi nama Kembara Amal. Pada tahun ini adalah kali yang ke 6 program itu dijalankan di Negeri Sabah.Mohd Shazni Abdullah, Timbalan Presiden GPTD, telah dipilih untuk menyertai program anjuran ABIM Negeri Sabah tersebut. Kembara 6 hari 5 malam ini bermula di Kota Kinabalu menuju ke daerah Kota Marudu dan berkampung di empat...

Perkongsian Pengalaman : 3 XPDC

Tarikh: 25 Disember 2010Tempat: Dewan Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, GombakMasa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hariMari sama-sama memeriahkan lagi program ini.Masuk Percuma!!!Terbuka kepada semua.Bagaimana untuk ke tempat ini?1. Kenderaan sendiri, sila lihat pada peta di bawah.View Pusat Pembangunan Belia Islam in a larger map2. Pengangkutan Awam : - Sila naik LRT ke stesen Taman Melati atau Terminal Putra Gombak- naik teksi ke Taman...

Saturday, December 18, 2010

KURSUS PENULISAN KREATIF FIKSYEN & NON-FIKSYEN

16 Disember 2010, Kuala Lumpur - Aktivis GPTD, Wan Ritini Binti Wan Ismail telah mewakili GPTD & ABIM menyertai "Kursus Penulisan Kreatif Fiksyen & Non Fiksyen" yang diadakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya dari 14-16 Disember 2010.Kursus tersebut mendedahkan peserta untuk berkarya dan memantapkan lagi bakat dalam menghasilkan karya yang mampu mendidik masyarakat. Antara panelis yang mengisi pada kursus tersebut ialah Prof Dr. Mohd...

Thursday, December 16, 2010

Malam Taaruf GPTD Unisel

Bestari Jaya, 15 Disember 2010 / 9 Muharram 1432H - Malam Taaruf GPTD Unisel telah berlangsung dengan jaya di Dewan Senat dengan kehadiran daripada kepemimpinan GPTD Pusat, Pelajar Indonesia (Program pertukaran pelajar IKMI), sukarelawan baru & lama. Acara bermula dengan ucapan Presiden GPTD Unisel, Sdr Muhammad Izzat Chiairil Anuar."Terima kasih kepada sukarelawan baru yang telah memilih organisasi yang betul untuk melakukan transformasi diri...

Tuesday, December 07, 2010

Salam 1432H

...

Sunday, November 07, 2010

XPDC Wali Songo Bantu Mangsa Merapi

KLATEN, 1 November / 24 Dzul Qa'idah - Aktivis GPTD seramai tujuh orang yang sedang mengikuti XPDC Wali Songo telah berpeluang menghulurkan tangan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana letusan Gunung Merapi. Bantuan tenaga relawan telah diberikan melalui Global Peace Mission Malaysia (GPM) dengan kerjasama Dewan Da’wah Islamiyah Indonesia (DDII) yang telah membuka Posko Peduli Merapi di Ngrancah Bumiharjo Kemalang Klaten. Pengagihan...

Thursday, November 04, 2010

XPDC WALI SONGO PULAU JAWA

1 November 2010 / 24 Zulkaeda 1431 H -GPTD UNISEL telah berlepas ke Pulau Jawa Indonesia bagi merialisasikan program yang dirancang iaitu XPDC Wali Songo. Mereka yang dijangka berada di sana selama 2 minggu akan menggunakan sepenuh masa untuk gerak kerja mengkaji Wali Songo serta melakukan kerja-kerja kemanusiaan yang diperlukan di sana.Seramai 5 aktivis GPTD UNISEL menyertai XPDC kali ini. Turut serta mengiringi mereka ialah Naib Presiden GPTD,...

Wednesday, October 27, 2010

Rintihan Pakistan

Saat rakyat Malaysia berpusu-pusu ke bazar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka lain pula kisahnya saudara Islam kita di Pakistan. Bencana banjir yang melanda negara tersebut pada awal bulan Ogos lalu memberi seribu satu kesan kepada kita.Tidak dapat dibayangkan bagaimana satu bencana yang menenggelamkan satu per lima daripada negara tersebut yang dihuni hampir 170 juta penduduk.Alhamdulillah, kesempatan umur muda yang Allah berikan memberi peluang...

Sunday, October 24, 2010

Pertemuan PSU bersama GPTD Mesir

Kaherah, 22hb Oktober 2010 - Satu pertemuan telah diadakan antara Penolong Setiausaha, Saudara Hakim bersama GPTD Mesir di kediaman pelajar di Kaherah. Pertemuan diadakan ketika PSU masih berada di Kaherah sebelum bergerak ke Gaza.Tujuan pertemuan adalah membincangkan gerak kerja yang boleh dilakukan oleh GPTD Mesir. Antara program awal yang mereka akan jalankan ialah menghadiri seminar di Kanada pada bulan Disember ini. Ini adalah salah satu jaringan...

Thursday, October 21, 2010

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 ...

Friday, October 15, 2010

Misi ke Gaza sudah berlepas

SEPANG, 13 Oktober / 11 Dzul Qa'idah- Saudara Abdul Hakim Shahbuddin, Penolong Setiausaha Agung GPTD telah terpilih untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza anjuran ABIM dan Global Peace Mission (GPM) dalam rangka meneruskan projek membangunkan kilang roti di sana. Hakim bersama Setiausaha Agung ABIM dan Pengarah Operasi Kemanusiaan GPM telah berlepas ke Kaherah hari ini pada pukul 9.20 malam dengan diiringi oleh pemimpin ABIM dan GPM serta rakan-rakan...

Wednesday, October 13, 2010

Selami budaya Melayu Cham

KEMBOJA adalah negara yang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia. Rata-rata kita mengenali masyarakatnya melalui perniagaan kain di Malaysia.Namun, kita jarang didedahkan tentang masyarakat Melayu Cham di Kemboja. Apatah lagi untuk mengenali negara Champa yang sudah lenyap dari peta dunia.Kesempatan mengenali masyarakat Melayu Cham telah saya manfaatkan sebaiknya dalam misi bantuan pakaian sempena Aidilfitri anjuran Global Peace Mission (GPM),...

Monday, October 11, 2010

Wacana Cheng Ho dan Wali Songo

Bestari Jaya , 25 September / 16 Syawal - GPTD UNISEL dengan jayanya telah menganjurkan Wacana Cheng Ho dan Wali Songo dengan pengisian disampaikan oleh Saudara Muhammad Suhail Ahmad, Presiden GPTD dan Saudara Mohd Akmal Md Noor, mentor Grup Wali Songo.Saudara Lee Shi Wei, Pengarah program tersebut berpuas hati dengan kesungguhan peserta yang hadir pada waktu itu kerana partispasi aktif peserta dalam sesi perbincangan dan persembahan sajak dan multimedia...

Friday, October 08, 2010

Kunjungan ke Muslim Council of Britain

London - 23 September / 14 Syawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD mengambil kesempatan mengunjungi Sekretariat Muslim Council of Britain (MCB) di Timur London sebelum berangkat pulang ke Malaysia. MCB merupakan sebuah pertubuhan besar yang menaungi lebih daripada 400 pertubuhan Islam di seluruh United Kingdom. Saudara Jufitri disambut oleh saudara Nawaf Ibrahim, Pengurus Eksekutif MCB. Banyak perkara yang telah dibincang bersama meliputi kerjasama...

Wednesday, October 06, 2010

Seminar Pemikiran Wali Songo di Surabaya

Surabaya, 3 Oktober 2010 - Naib Presiden GPTD, Sdr Izwan Suhadak telah mengikuti Seminar Pemikiran : Membedah Visi Da'wah Wali Songo anjuran IMAN selangor & Dewan Da'wah Islamiyyah Indonesia, Jawa Timur. Kehadiran seramai 200 orang peserta daripada seluruh Indonesia serta 16 orang delagasi ulama dari Malaysia telah mendengar dengan tekun dan turut terlibat dalam sesi soal jawab. Pembentang daripada Malaysia, Prof Dr Ahmad Zaki Pensyarah CITU,...

Monday, October 04, 2010

Pengerusi GPTD Hadiri Persidangan The Future of Faith in the Age of Globalization

Sarajevo - 19 September / 10 Syawal - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi Ibu Kota Bosnia Herzegovina yang terkenal dengan jolokan Jerusalem Eropah. Lawatan selama 5 hari di bumi Balkan tersebut adalah dalam kerangka menghadiri Persidangan The Future of Faith in the Age of Globalization anjuran International Institute of Islamic Thought (IIIT) dan Association of Muslim Social Scientists (AMSS) United Kingdom. Saudara Jufitri juga...

Tuesday, September 21, 2010

Jom Baraan @Johor Meriah

Batu Pahat, 18 September 2010 - Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 ...

Monday, September 20, 2010

Penangguhan Kem SAKTI

Perhatian!!!Kem Asas Kesukarelaan & Jati Diri (SAKTI) yang dijangka berlangsung pada 24-26 September 2010 terpaksaDITANGGUHKANatas sebab-sebab teknikal yang tidak dapt dielakkan. Kepada peserta yang telah mendaftarkan diri terima kasih atas kesabaran menunggu. Kepada yang belum daftarkan diri penyertaan masih dibuka.Insyallah tarikh dan lokasi SAKTI yang muktamad akan dimaklumkan dalam masa terdekat.Segala kesulitan amat dikesali. Terima Kas...

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri

Kami dari Jawatankuasa penggerak GPTD mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli, para aktivis dan sukarelwan. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, salah perilaku ketika menjalankan program sepanjang pertemuan ini. Sempena Aidilfitri ini marilah kita sama-sama bermaaf-maafan sesama kita. Buang yang keruh ambil yang jernih. Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan juga selamat hari raya kepada Pengerusi...

Sunday, September 05, 2010

Misi Bantuan Kemanusiaan-Pakistan

GOMBAK : 9 SEPTEMBER 2010 / 30 RAMADHAN 1431 - Timbalan Presiden GPTD ,Mohd Shazni Abdullah akan berangkat ke Pakistan untuk misi kemanusiaan-banjir di sana anjuran untuk memberikan bantuan dari ABIM-PKPIM-WADAH di bawah kelolaan Global Peace Mission (GPM). Turut serta dalam misi ini ialah Doktor Syed dan Mejar (B) Syeikh dari GPM. Mereka yang akan menyambut hari lebaran di sana adalah bertujuan untuk memberikan sumbangan makanan sekaligus menaikan...

Saturday, September 04, 2010

Ramadan di Stockholm

Stockholm - 2 September / 22 Ramadan - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah mengunjungi Sweden dalam lawatan kerja dua hari bagi memperluaskan jaringan kerjasama antarabangsa. Antara yang ditemui ialah Mr. Mehmet Kaplan, Ahli Parlimen Muslim dari Green Party. Di Sweden hanya terdapat 5 orang Muslim MP daripada 349 Ahli Parlimen. Beliau bertanding semula Pilihanraya 2010 pada 19 September ini dan berpeluang cerah untuk menang dan membentuk...