123

Thursday, December 31, 2009

Jom Gegar!!!

Di jemput kepada semua ahli dan bukan ahli GPTD untuk memeriahkan lagi hari keluarga GPTD. Sarapan disediakan. Ajak kawan-kawan gegar hari keluar...

Kosova: Permata Islam di bumi Eropah

PENULIS berasa gembira dan bersemangat apabila pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Eropah Timur iaitu Kosova. Namun tiba sahaja di Lapangan Terbang Pristina, hati menjadi risau kerana khuatir payah untuk memasuki sebuah negara bekas komunis walaupun mempunyai surat jemputan rasmi dari pihak penganjur mesyuarat iaitu Persatuan Budaya dan Pendidikan (AKEA) Kosova...Bacaan seterusnya di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1225...

Wednesday, December 30, 2009

GPTD UNISEL berlepas ke Padang

Sepang - Selasa, 29 Disember 2009/ 12 Muharam 1431 H - Seramai 12 orang telah selamat berlepas dari LCCT ke Padang, Sumatera Barat untuk Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Sumatera Barat dari 29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010. Ekspedisi ini bertujuan untuk mengkaji pengkisahan sejarah kehidupan Buya Hamka serta mengadakan Khidmat Sosio-Pendidikan kepada pelajar Pesantran Buya Hamka dan...

Tuesday, December 29, 2009

Atlas Corps

Atlas Corps is a designated J-1 program that brings nonprofit leaders from around the world to the U.S. for a year of nonprofit training and development. After one year of volunteering in the U.S., the Fellows return to their home countries. Atlas Corps has been declared a "best practice" in international exchange by the Brookings Institution and is honored to have on its Senior Advisory Board distinguished individuals such as three-time U.S. Ambassador...

Monday, December 28, 2009

Pengerusi GPTD Mengunjungi Geneva

Geneva - 26 Disember 2009/9 Muharram 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD mengunjungi Geneva dalam kerangka mendapatkan gambaran isu menara, membina jaringan dan menziarahi Pusat Islam Geneva di bawah kendalian Dr. Hani Ramadan iaitu cucu kepada Imam Hasan al Banna. Saudara Jufitri telah berada di sana tiga hari dan berkesempatan juga bertemu Puan Hiswani Harun, Wakil Tetap Malaysia ke World Trade Organization (WTO) yang berpengkalan di Geneva....

Tuesday, December 22, 2009

GPTD Eropah

Glasgow - 21 Disember 2009/4 Muharram 1430 - Saudara Abdul Hadi Rahman Kuraish (Dublin) dan saudara Muhamed Ikram Tuan Mustapha (Sheffield) masing-masing telah dipilih sebagai Pengerusi dan Setiausaha GPTD Eropah dalam bengkel GPTD Eropah yang diadakan di Scotland baru-baru ini bersempena Perhimpunan Musim Sejuk anjuran MISG ABIK UK (http://misgabim.blogspot.com/). Beberapa program telah dirangka dan taklimat pertama bakal diadakan di Sheffield...

Monday, December 21, 2009

Presiden GPTD selamat diijabkabulkan

Gombak, 20hb Disember 2009 - Presiden GPTD Saudara Suhail telah diijabkabulkan dengan pasangannya Nur Nadzifa anak kepada pengasas GPTD iaitu Ahmad Azam. Majlis yang dimulakan dengan akad nikah dan diikuti majlis kenduri meraikan saudara mara dan sahabat-sahabat. Ramai tetamu yang hadir dari GPTD sendiri, ABIM, PKPIM dan sebagainya.Kami semua di GPTD mengucapkan selamat pengantin baru kepada mempelai ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat dan...

Sunday, December 13, 2009

Federation of Student Islamic Socities' Winter Conference

Leeds - 14 Disember 2009/27 Zulhijjah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menghadiri Federation of Student Islamic Socities' Winter Conference bertempat di Leeds Metropolitan University. Saudara Jufitri sempat bertemu dengan beberapa 'key figure' dan beberapa pimpinan pelajar Islamic Society mewakili kampus-kampus universiti seluruh UK. Bacaan lanjut di http://gptd-spain.blogspot.c...

Saturday, December 12, 2009

RAYUAN DANA: XPDC HAMKA

RAYUAN DANA: MISI XPDC HAMKA KE MANINJAU, PADANG INDONESIA Grup Pengkaji Tamadun Dunia Universiti Industri Selangor (GPTD UNISEL) akan menjalankan Ekspedisi Meneladani Pemikiran Hamka (XPDC HAMKA) dan misi bantuan kemanusiaan ke Maninjau, Padang Indonesia pada 29 Disember 2009 hingga 12 Januari 2010. Seramai 8 orang aktivis GPTD UNISEL yang melibatkan diri dalam ekspedisi ini. Ekspedisi ini bertujuan untuk mengkaji pengkisahan sejarah kehidupan Buya...

Lawatan ke North Benwell Youth Project

Newcastle - 12 Disember 2009/25 Zulhijjah 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD telah melawat North Benwell Youth Project selama dua jam dan disambut oleh Pengurus Projek, Mr. John Derisi. Dalam lawatan tersebut, saudara Jufitri telah menyatakan hasrat untuk mempelajari dua projek antarabangsa mereka di Poland dan Bulgaria sekaligus membina jaringan untuk GPTD di sana. Keterangan lanjut berkenaan North Benwell Youth Project boleh dilayari di http://www.cuf.org.uk/north_benwell.a...

Friday, December 11, 2009

Poster 2 Kempen 1 Bulan 1 Adab

Poster kedua Kempen 1 Bulan 1 Adab (1B1A) telah dilancarkan pada hari ini. Sila dapatkan poster ini dengan klik pada poster di bawah.Sama-sama kita hentikan tabiat MEMBUANG SAMPAH DARI KENDERAAN.Selamat berkemp...

Sunday, December 06, 2009

International Volunteer Day

Durham-5 Disember 2009/18 Zulhijjah 1430 - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mengisytiharkan 5 Disember setiap tahun sabagai Hari Sukarelawan Antarabangsa. Pada tahun ini tema sambutan adalah 'Volunteering for our Planet'. Ini berikutan UN memandang serius perubahan iklim global yang menuju ke arah pemanasan.Bersempena Hari Sukarelawan Antarabangsa ini, saya mengambil kesempatan menyeru agar para aktivis GPTD sekalian terus komited dengan...

Wednesday, December 02, 2009

Ibadah Qurban 1430 H di Maninjau, Sumatera Barat

Maninjau- 30 November 2009 / 14 Zulhijjah 1430 - Di sebalik kedamaian dan ketenangan Danau Maninjau yang menyimpan seribu satu kenangan dan sejarah yang tidak terungkap, suatu gempa bumi berukuran 7.8 pada skala richter telah berlaku pada 30 September yang lalu. Gegaran yang dirasai oleh kira-kira 4000 ribu orang penduduk di empat kampung di Maninjau pada awal pagi itu telah diikuti dengan tanah gelongsor di 25 tempat apabila hujan turun dengan lebat...