Thursday, August 27, 2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa GPTD

GOMBAK, 26 Ogos - Satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) GPTD telah diadakan di sini yang dipengerusikan oleh Pengerusi GPTD, Sdr, Jufitri Joha.

Beberapa perkara penting telah diputuskan dalam mesyuarat kali ini.

Antaranya, nama penuh bagi GPTD diubah kepada Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia (Youth Trekker for World Civilization), namun masih mengekalkan akronim GPTD. Ia dipinda bagi memenuhi Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007.

Program Semarak Ramadhan telah dirangka bersempena Ramadhan kali ini. Ia merangkumi 2 program iaitu Kembara Ziarah - Ramadhan dan Semarak Ramadhan.

Beberapa kampus telah dikenalpasti sebagai lokasi bagi Kembara Ziarah-Ramadhan. Ia akan dihadiri oleh AJK GPTD termasuk Sdr Suhail Ahmad yang akan berkongsi pengalaman beliau di China.

Semarak Ramadhan, program perhimpunan ahli GPTD sempena Ramadhan akan diadakan pada 20 Ramadhan 1430H / 09 September 2009 (Rabu) di Gombak.

Senarai awal AJK GPTD bagi sesi 2009 / 2010 turut dicadangkan. Walau bagaimanapun, pengumuman rasmi berkenaan senarai AJK GPTD yang baru hanya akan dibuat 2 minggu lagi.

PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG (SUA)