Cheras - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan GPTD menjadi hos makan malam bagi meraikan kehadiran Belia Maghribi ke Malaysia. Makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh pihak IYC.
Dalam ucapan aluan Pengarah IYC, Yang Mulia Dato' Raja Ruslan Raja Samah melahirkan rasa gembiranya atas kehadiran Belia Maghribi ke Malaysia dan memilih IYC sebagai tempat penginapan mereka yang utama. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana ABIM dan GPTD merupakan rakan kongsi IYC yang aktif bekerjasama dengan IYC terutamanya melibatkan program belia dari luar negara.
GPTD berhasrat meneruskan kerjasama erat dengan IYC pada masa hadapan dengan menjadi hos bersama lebih ramai lagi belia-belia dari luar negara.
Pada makan malam tersebut, Belia Maghribi turut menyampaikan beberapa persembahan kepada para hadirin. Makan malam ini dihadiri oleh Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha dan Exco GPTD seperti saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa, Nadzifah Ahmad Azam, Ain Najwa Badrul Amin dan Nurnajihan Nasoha