Tuesday, August 18, 2009

SAKTI 4 Selesai

Seremban, 16 Ogos 2009 - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Program Personaliti Belia yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiyyah Paroi Seremban Negeri Sembilan. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 80 orang mewakili beberapa buah kampus antaranya ialah Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),Kolej Lagenda, Politeknik Port Dickson dan lain-lain lagi.

Objektif Program ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas kepada peserta tentang hala tuju belia masa kini. Program ini dimantapkan lagi dengan slot mengenai tokoh-tokoh Islam terdahulu sekali gus meneladani gerak kerja mereka. Antara objektif lain program ini ialah memupuk semangat kesukarelaan di kalangan peserta.

Majlis penutup bagi program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan En. Khairul Shahril Shahbudin . Turut hadir pada majlis tersebut ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kebangsaan Muhammad Razak Bin Idris, dan Tuan Haji Shamsul Azhar Bin Yahya Yang Dipertua ABIM Negeri Sembilan.

Kepada para peserta foto sepanjang program boleh di dapati di sini.