Monday, August 03, 2009

Kembara Dokumentasi Korea berakhir


Seoul - Aktivis GPTD, Abdul Hakim Shahabuddin, yang mengikuti Kembara Dokumentasi Korea (KDK) telah bertolak pulang ke Malaysia pada jam 11.00 pagi ini.

Dia yang dijadualkan tiba di Malaysia pada jam 4.00 petang ini telah diiring ke lapangan terbang Incheon di sini oleh Sdr Mohd Kamil Halim dan Sdr Muhammad Suhail Ahmad,Timbalan Pengerusi GPTD.

KDK yang berlangsung selama 10 hari ini bakal melahirkan sebuah buku mengisahkan pengembaraan yang mereka harungi selain pendedahan tentang adat budaya Korea sekaligus berkongsi kisah-kisah individu tertentu yang menetap di Korea. Beberapa negeri di Korea telah dikunjungi mereka iaitu Seoul, Jeonju, Daejeon, Daegu, dan Busan.


Diharapkan para aktivis GPTD dapat meneruskan tradisi kembara ini untuk memberikan pendedahan bermanfaat dalam mengenali kehidupan selain mendidik diri mereka menjadi adventurous dan berdikari.