123

Thursday, August 27, 2009

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa GPTD

GOMBAK, 26 Ogos - Satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) GPTD telah diadakan di sini yang dipengerusikan oleh Pengerusi GPTD, Sdr, Jufitri Joha.Beberapa perkara penting telah diputuskan dalam mesyuarat kali ini.Antaranya, nama penuh bagi GPTD diubah kepada Grup Penjejak Muda Tamadun Dunia (Youth Trekker for World Civilization), namun masih mengekalkan akronim GPTD. Ia dipinda bagi memenuhi Akta Pendaftaran Pertubuhan Belia 2007.Program Semarak Ramadhan telah dirangka bersempena Ramadhan kali ini. Ia merangkumi 2 program iaitu Kembara Ziarah...

Tuesday, August 25, 2009

Dialog Remaja & Tadarus Ramadhan

Seremban- 25 Ogos 2009 / 4 Ramadhan 1430 - GPTD meneruskan usaha menembusi ke kampus-kampus dan terbaru GPTD telah menghadiri program Dialog Remaja & Tadarus Ramadhan di Koleh PTPL Seremban. Membarisi Dialog Remaja dan Ramadhan ialah aktivis GPTD saudara Jufitri Joha dan saudara Noryzal Zainal Abidin. Program yang bermula dengan solat berjemaah Zohor itu, diteruskan dengan tadarus yang dipimpin oleh saudara Noryzal Zainal Abidin dan dihadiri...

Koresponden GPTD di Kanada

Hulu Kelang- 25 Ogos 2009 / 4 Ramadhan 1430 - GPTD telah melantik seorang koresponden di Kanada iaitu saudari Nur Qurratulain binti Hamzah. Beliau dijangka memulakan pengajian sarjana muda (undergraduate) di bidang 'Hubungan Antarabangsa' di Universiti Toronto, Kanada selama empat tahun bermula awal September ini. Beliau dijangka akan berkongsi pengalaman menarik ketika belajar di Kanada, catatan peribadi kehidupan beliau, subjek Hubungan Antarabangsa...

Sunday, August 23, 2009

Resolusi SAKTI GPTD

Seremban - 23 Ogos 2009 / 2 Ramadhan 1430 - Resolusi Kem SAKTI GPTD telah diputuskan seperti berikut :1.) USIM - Projek Kajian Syria (Kajian Tokoh Umar Abdul Aziz) dan Maghribi (Kajian Tokoh Ibn Khaldun)Penyelaras : Saudara Kamarul Arifin Mohd Wafa2.) KUIS - Penubuhan GPTD Kampus dan Projek KembojaPenyelaras : Raja Nurul Balqis Raja Md Arif3.) Kolej Lagenda - Khidmat Bakti di Nigeria dan Kajian Tokoh Sheikh Omar FodioPenyelaras : Muhd Nor Azym4.)...

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Dari Belgium

Jelebu - 22 Ogos 2009 / 1 Ramadhan 1430 - Saudara Jufitri Joha, Pengerusi GPTD menerima kiriman email dari sahabat Muslimah dari Belgium iaitu daripada Malika Hamidi. Beliau merupakan ahli kepada European Muslim Network (EMN). EMN merupakan sebahagian jaringan antarabangsa yang bakal dimanfaatkan oleh GPTD khususnya projek-projek kesukarelaan GPTD di Eropah. Saudara Jufitri mengenali Malika Hamidi ketika kunjungan beliau ke Belgium dua tahun lepas....

Tuesday, August 18, 2009

SAKTI 4 Selesai

Seremban, 16 Ogos 2009 - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sembilan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan Program Personaliti Belia yang bertempat di Pusat Dakwah Islamiyyah Paroi Seremban Negeri Sembilan. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 80 orang mewakili beberapa buah kampus antaranya ialah Universiti Industri Selangor (UNISEL),...

Thursday, August 13, 2009

Forum Bicara Ad Deen :"Hati Ini Milik Siapa?"

Bangi - 13 Ogos 2009 / 22 Syaaban 1430 - Satu Forum Bicara Ad Deen yang bertajuk "Hati Ini Milik Siapa?" telah diadakan seperti berikutTarikh : 12 Ogos 2009 (Rabu)Masa : 8.00 malamLokasi : Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)Tajuk : "Hati Ini Milik Siapa?"Anjuran : Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)Panelis : 1. Sdr Jufitri Joha (ABIM & GPTD) 2. Ust. Hanafi Malek (SIDIM)...

Wednesday, August 12, 2009

Wacana Ilmu Dr Muhammad Afifi al-Akiti

Kuala Lumpur - 10 Ogos 2009 / 19 Syaaban 1430 H - Pengerusi GPTD dan Ahli-Ahli GPTD telah menghadiri satu Wacana Ilmiah anjuran Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM)yang menampilkan Dr Muhammad Afifi al-Akiti iaitu Felo Pengajian Islam Oxford Centre for Islamic Studies. Beliau telah berbicara mengenai ketokohan Imam Ghazali dan sumbangan tokoh ini kepada dunia Islam. Ahli-Ahli GPTD amat digalakkan untuk menghadiri wacana-wacana ilmu bersama tokoh-tokoh intelektual Muslim seperti Dr. Afifi, Sheikh Shiraj Hendrick, Sheikh Said Mamduh dan lain-lain bersesuaian...

Tuesday, August 11, 2009

Kem SAKTI GPTD

Kuala Lumpur - 13 Ogos 2009 / 22 Syaaban 1430 - Berikut tentatif terkini Kem Sakti GPTD di Pusat Dakwah Islamiyyah Paroi, Seremban:-14 OGOS 09 / 23 SYAABAN 1430 H (KHAMIS)3.00 ptg : Pendaftaran5.00 ptg : Solat Asar, Khidmat Diri & Makan Malam7.00 ptg : Solat Maghrib-Isya’ & Tazkirah9.00 mlm : SLOT 1 – Belia dan Kerja Kesukarelaan Panel: Prof. Dr. Haji Azimi Haji Hamzah Pakar Rujuk Belia Malaysia dan United...

Sunday, August 09, 2009

Cheras - 9 Ogos 2009 / 18 Syaaban 1430 - Belia Maghribi menamatkan lawatan sambil belajar ke Malaysia selama dua minggu dengan berlepas pulang ke Maghribi malam tadi. Pihak GPTD ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak yang bekerjasama menjayakan lawatan ini terutamanya pihak ABIM, Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Kuala Lumpur dan Majlis Belia Negeri Sembilan.Wakil Belia Maghribi, saudara Abdul Kebir Aziz mempelawa pihak GPTD membuat kunjungan...

Friday, August 07, 2009

Seremban - 5 Ogos 2009 / 14 Syaaban 1430 H - Delegasi Belia Maghribi meneruskan jadual mereka ke Negeri Sembilan dengan dihoskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan melalui Unit Penggalakkan Pelancongan dan Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS). Mereka dibawa melawat Muzium Negeri dan dihidangkan dengan Makan Tengahari secara Makan 'Berselo'. Turut meraikan mereka ialah dua Exco Kerajaan Negeri iaitu Y.B. Dato' Razi Kail dan Y.B. Tuan Abdul Samad....

Tuesday, August 04, 2009

Makan Malam IYC-GPTD Bersama Belia Maghribi

Cheras - 31 Julai 2009 / 9 Syaaban 1430 H - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan GPTD menjadi hos makan malam bagi meraikan kehadiran Belia Maghribi ke Malaysia. Makan malam ini ditaja sepenuhnya oleh pihak IYC.Dalam ucapan aluan Pengarah IYC, Yang Mulia Dato' Raja Ruslan Raja Samah melahirkan rasa gembiranya atas kehadiran Belia Maghribi ke Malaysia dan memilih IYC sebagai tempat penginapan mereka yang utama. Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana...

Sambutan Isra' dan Mi'raj

Ampang - 4 Ogos 2009 / 13 Syaaban 1430 H - Pengerusi GPTD, saudara Jufitri Joha telah dijemput mengupas peristiwa Isra' dan Mi'raj di Kolej PTPL Ampang. Di kesempatan tersebut saudara Jufitri telah mengambil peluang untuk memperkenalkan GPTD dan bakal melibatkan para pelajar Kolej PTPL dalam keluarga besar GP...

Monday, August 03, 2009

Kembara Dokumentasi Korea berakhir

Seoul - Aktivis GPTD, Abdul Hakim Shahabuddin, yang mengikuti Kembara Dokumentasi Korea (KDK) telah bertolak pulang ke Malaysia pada jam 11.00 pagi ini.Dia yang dijadualkan tiba di Malaysia pada jam 4.00 petang ini telah diiring ke lapangan terbang Incheon di sini oleh Sdr Mohd Kamil Halim dan Sdr Muhammad Suhail Ahmad,Timbalan Pengerusi GPTD.KDK yang berlangsung selama 10 hari ini bakal melahirkan sebuah buku mengisahkan pengembaraan yang mereka...