123

Thursday, January 31, 2008

Forum Perkongsian Pengalaman Relawan GPTD

GOMBAK, 20 Januari 2008 - Telah berlangsung suatu forum yang dinamakan "Forum Perkongsian Pengalaman Relawan GPTD" bertujuan memberi peluang kepada aktivis-aktivis GPTD yang telah ke luar negara dalam melakukan kajian ketamadunan dan khidmat sosial di setiap negara yang telah ditugaskan. Program dimulakan dengan ucapan pembukaan yang telah disampaikan oleh Saudara Najmudin (penyelaras GPTD).Selepas itu forum diteruskan dengan Slot 1 iaitu "Khidmat...

Friday, January 18, 2008

Ahlan wa Sahlan

18 Januari 2008 / 9 Muharram 1429 H – GPTD ingin mengucapkan ahlan wa sahlan dan salam kepulangan kepada Saudara Mohd Trimizi Zainal selepas menamatkan pembelajaran bahasa Arab di Jordan selama empat bulan. Beliau juga sempat menjadi wakil ABIM dan koresponden GPTD di Jordan dan melaksanakan beberapa persediaan program GPTD bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jordan untuk khidmat sosial di United Kingdom. Beliau merupakan aktivis GPTD yang...

Wednesday, January 16, 2008

Jemputan Program

Assalamualaikum wrh. wbt.Salam Maal Hijrah. Semoga semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah naungan Rahmat-Nya. Berikut merupakan makluman terkini program terdekat anjuran GPTD: Uzlah Ibadah GPTD (jadual asal: Himpunan Relawan GPTD) Tarikh: 10 Muharram 1429 / 19 Januari 2008 (Sabtu) Masa: Mula jam 2:00 petang Aturcara: 02:00 ptg : Taklimat oleh Ketua Penyelaras 02:30 ptg : Mesyuarat Projek-projek GPTD (Sri Lanka,...

Tuesday, January 15, 2008

GPTD bersama BBKN

CHEPA, 11 Januari 2008 - Dua orang sukarelawan GPTD telah dijemput untuk mengisi slot ceramah bertajuk "Kesukarelaan dan Kesukarelawan" kepada Briged Bakti Negeri Kelantan (BBKN) yang disertai oleh 23 orang pelajar STPM dan pelajar-pelajar lepasan SPM di sini.Ceramah yang berbentuk komunikasi dua hala bertujuan memupuk semangat sukarelawan di kalangan audien ini mendapat respon yang memberangsangkan. Kaedah bertanya dan berbincang secara bebas amat...

Kunjungan rasmi ke Utusan

KUALA LUMPUR, 9 Januari 2008 - Seramai tujuh orang sukarelawan GPTD diketuai oleh pengerusinya, En. Jufitri Joha telah mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat pentadbiran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bertempat di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.Kunjungan ini telah diraikan oleh beberapa kakitangan Utusan iaitu En. Mohd Radzi Mohd Zin, Puan Zuarida Mohyin dan Puan Shamsilawati. Sepanjang kunjungan itu, mereka telah didedahkan dengan beberapa informasi...

Tuesday, January 01, 2008

Laporan Pra Induksi Kelab

Ahad, 30 Disember 2007 – Pra Induksi Kelab Ibn Batuttah dan Kelab Buya Hamka telah dijayakan di Surau Anjung Rahmat. Ucaptama telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmd Azam Abdul Rahman sebagai Penasihat Utama GPTD bagi memandu diskusi pra induksi kemudiannya. Hasrat beliau, melihat generasi muda lebih berani mendepani cabaran masa depan dengan menjadi pengembara ke luar Negara bagi menyampaikan risalah dakwah. Penjelasan berkaitan taqwa dan tawakal...

Laporan Pengembaraan ke KLCC

Sabtu, 29 Disember 2007 – Kuala Lumpur City Centre (KLCC) telah menjadi lapangan bagi latihan kepada perintis Kelab Ibn Batuttah di bawah naungan Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Bermula dengan pergerakan dari Komuniti Residen Unisel, Bestari Jaya terus ke Taman Melati, peserta di minta untuk merakamkan suasana dan peristiwa yang bermakna supaya boleh dijadikan bahan untuk penulisan Pengembaraan ke KLCC. Modul yang terilham daripada kerya agung Rihlah Ibn Batuttah. Sesudah sampai di stesen LRT Taman Melati kami bergegas menuju ke stesen LRT...