Ahad, 30 Disember 2007 – Pra Induksi Kelab Ibn Batuttah dan Kelab Buya Hamka telah dijayakan di Surau Anjung Rahmat. Ucaptama telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmd Azam Abdul Rahman sebagai Penasihat Utama GPTD bagi memandu diskusi pra induksi kemudiannya. Hasrat beliau, melihat generasi muda lebih berani mendepani cabaran masa depan dengan menjadi pengembara ke luar Negara bagi menyampaikan risalah dakwah. Penjelasan berkaitan taqwa dan tawakal telah menjadi isi penting yang perlu di semat dalam jiwa sukarelawan pendakwah yang ingin menjadi kyaira ummah (umat yang terbaik). Harapan beliau, agar usaha Kelab awal dalam GPTD akan menjadi momentum kepada generasi belia untuk lebih ramai lagi menyertai organisasi belia.
