Friday, July 21, 2006

Retreat GPTD



15-16 Julai, 2006 - Bangi - Pimpinan GPTD telah mengadakan "retreat" mereka untuk mengadakan muhasabah tahunan bagi memperbaiki gerak kerja di masa depan. Sebelum itu, retreat dimulakan dengan perlawanan persahabatan bowling di kalangan pimpinan GPTD di Ampang Superbowl, Ampang Point. Perlawanan ini dimenangi oleh saudara Jazlan dari GPTD Amerika Latin. Antara yang diperbincangkan dalam retreat ini ialah muhasabah, projek Istanbul 2007, Akademi Relawan Muda (Arena) dan pemantapan struktur pimpinan GPTD.