2 Julai - Port Dickson – Berlangsung program nasional iaitu Kem Pemilihan Peserta Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun kali ke-33 dan Pertukaran Belia Antarabangsa anjuran Kementerian Belia & Sukan. Para peserta adalah dari kalangan pertubuhan belia yang aktif dan Jabatan Belia & Sukan Negeri. Jumlah peserta seramai 101 orang bersaing untuk menjadi peserta yang terpilih adalah suatu cabaran besar. GPTD yang mewakili ABIM telah menghantar 2 orang aktivis iaitu Izwan Suhadak dan Hidayah. Tujuan utama adalah mencari pengalaman dan berperanan bagi mengimbangi nilai santun yang mewakili pertubuhan Belia Muslim.
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Eksplorasi, Malam Kebudayaan, Debat dan Pengucapan Awam. Semua aktiviti akan ada penilaian oleh panel yang sedia ada. Kerjasama dan keberanian merupakan aspek penilaian yang dilihat. Program ini telah diadakan di Institut Latihan Kepimpinan Belia, Pasir Panjang.
Antara program pertukaran belia yang ditawarkan selain program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun ialah program pertukaran belia ke Jepun, Korea, Mesir, Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura.