Thursday, July 06, 2006

Buku Terbitan GPTD: Travelog Relawan



"Travelog Relawan ini mengungkapkan kisah perjalanan ke negara-negara di Asia Tenggara dan Asia Selatan merangkumi Filipina,Indonesia, Laos, Kashmir, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Australia di samping memberi persepsi,impresi dan ulasan terhadap pengalaman yang dilalui untuk membolehkan pembaca seolah-olah menyertai pengembaraan secara langsung. Pengalaman yang dicatatkan ini bukan sekadar pengalaman perjalanan fizikal tetapi juga pengembaran emosional dan mental sekaligus. Namun, yang lebih istimewa dalam travelog ini, para penulisnya bukan sebagai pelancong atau pengembara biasa tetapi para relawan yang menyertai program-program khidmat bakti atau misi-misi khas ketika kecemasan dan bencana. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan buku tersebut".

Travelog ini membariskan penulis dari kalangan aktivis-aktivis GPTD seperti Jufitri Joha (Pengerusi GPTD), Izwan Suhadak Ishak (Timbalan Pengerusi GPTD), Mohd Nadmin Ramlan, Fadliana Saman, Mohd Kamarul Arifin Mohd Wafa, Norazla Abdul Wahab, Mohd Hilmi Ramli, Azwiralbukhairi Ab Aziz dan tidak ketinggalan Ahmad Azam Abdul Rahman (Pengasas GPTD) dan Dr. Md Sidin Ahmad Ishak (Penasihat GPTD)

Untuk tempahan, sila hubungi Sekreteriat GPTD di talian 03-61889821 atau emailkan kepada gptd_gpm@yahoo.com