Tuesday, July 11, 2006

Demo Bantahan ke atas Kekejaman Israel



7 Julai, 2006 - Jalan Tun Razak - Bantah keganasan rejim Zionis.. Terik matahari tidak menghalang kira-kira 2,500 orang berarak ke Kedutaan Amerika di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat 7 Julai, bagi menyatakan bantahan kepada keganasan rejim Zionis Israel. Pemimpin NGO Islam yang menganjurkan perhimpunan ini, menyerahkan nota bantahan kepada wakil diplomatik Kedutaan Amerika.
Meskipun dalam cuaca panas terik dan dengan kehadiran pasukan polis yang siap sedia dengan 'water cannon' serta kira-kira 70 anggotanya, peserta perhimpunan tetap meneruskan langkah menuju ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia dan kemudiannya ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Memorandum berjaya diserahkan oleh Dr Hasan Ali bersama Dr Mahfodz Mohammad, Yusri Mohammad (Presiden ABIM) dan Dr Zulkifli Ahmad kepada wakil kedutaan yang menunggu di luar pintu pagar kedutaan.

Beberapa pimpinan ABIM dan GPTD juga turut serta dalam demo ini.