Thursday, June 22, 2006

Pertemuan GPTD bersama Tun Dr. Mahathir

21 Jun, 2006 – Putrajaya - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) telah mengadakan kunjung hormat ke Yayasan Kepimpinan Perdana. Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden telah sudi meluangkan masa menyampaikan amanat kepada GPTD. Delegasi GPTD seramai 13 orang termasuk kepimpinan PKPIM diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha telah memulakan pertemuan bersejarah ini dengan memperkenalkan serba ringkas tentang GPTD. Sesi soal-jawab yang diadakan juga menghangatkan suasana diskusi yang berkisar tentang sejarah tamadun Islam sebagai punca perubahan dunia.

Pertemuan yang bermula jam 3 petang di Bilik Mesyuarat diakhiri dengan nasihat kepada generasi muda agar terus berperanan di peringkat antarabangsa oleh Tun Dr. Mahathir yang terpaksa bergegas segera untuk mesyuarat lain. Pada pagi sebelum pertemuan beliau telah menyampaikan ucapan penutup dalam persidangan "Criminalise War, STOP WW4" yang dianjurkan Perdana Global Peace Organisation. Maklumat program ini boleh didapati di www.perdana4peace.org