Friday, June 09, 2006

Kunjung Hormat : Dr Sidin Ishak - Penasihat Media GPTD



8 Jun, 2006 - Universiti Malaya - GPTD telah membuat kunjung hormat kepada Dr. Sidin Ishak, Penasihat Media GPTD di Jabatan Media, Universiti Malaya. Dr. Sidin telah menyerahkan kepada GPTD 50 naskhah awal Travelog Relawan GPTD untuk dilancarkan bersempena Seminar Ketamadunan dan Pengembaraan GPTD yang bakal berlangsung Ahad (11 Jun) di Pusat Belia Antarabangsa Cheras. GPTD ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Sidin atas usaha dan bimbingan beliau sehingga terhasilnya Travelog Relawan GPTD ini. Beliau juga berharap travelog ini diperbahaskan di kalangan para belia dan mahasiswa