29 Mei, 2006 – Medan - Angkatan Belia Islam Malaysia telah diundang mengisi slot dalam Seminar Kerjaya anjuran Kelab UMNO Medan dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia, Indonesia Cawangan Medan (PKPMI-CM). Saudara Shaiful Alwi B. Mohd Nor ( Naib Presiden Kebangsaan ABIM) telah membentangkan Kertas Kerja bertajuk “Membina Kerjaya dan Cabaran” dan “Mencari Keberkatan Dalam Rezeki”. Slot seterusnya diisi oleh Saudara Jufitri B.Joha ( Exco Biro Penataran ABIM dan Pengerusi GPTD) dengan tajuk “Ruang-ruang Dakwah Dalam Kerjaya dan Saudari Norazla Binti Abdul Wahab (HELWA ABIM Negeri Sembilan) berkongsi pengalaman dalam slot Penyediaaan Resume yang Efektif. Selain dari memberi pendedahan awal kepada para pelajar akan cabaran di alam kerjaya, seminar ini juga bertujuan untuk menubuhkan ABIM, Cawangan Medan. Seramai 50 pelajar Malaysia di Medan telah hadir ke kursus ini.
Saudara Jufitri yang juga merupakan Pengerusi GPTD telah menceritakan ruang-ruang kerjaya sebagai aktivis kemanusiaan dan khidmat sosial sepenuh masa.