31 Mac - 10 April 2006 - Phnom Penh - Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) dari kumpulan "Hikmah" yang terdiri daripada saudara Muhammad Hassan bin Abdullah dan saudara Idris bin Ahmad serta saudari Raja Zahanizah Binti Raja Alang Hassan dari Kolej Dar al-Hikmah (KDH) telah berjaya menjalankan program di kemboja dengan jayanya.
Projek ini telah dijalankan di Madrasah an- Nikmah, Prek Riang dan juga Kampong Chnang di Phnom Penh. Program yang di jalankan adalah program bahasa Melayu dan juga memasak. Bagi program bahasa melayu penduduk kemboja yang terdiri daripada pelajar-pelajar di ajar cara mengeja, menulis serta bertutur di dalam bahasa melayu menggunakan teknik lukisan.
Program memasak pula disertai oleh golongan remaja dan juga kaum ibu. Para sukarelawan menunjuk ajar cara memasak nasi lemak, masak lemak cili api, membuat kacang goreng, ais krim Malaysia serta kerepek. Penduduk Kemboja didedahkan daripada teknik permulaan sehinggalah kepada pembungkusan dan pemasaran.
Kini kami sedang mengumpul maklumat untuk merangka persediaan bagi misi seterusnya.
Catatan Ringkas daripada saudari Raja Zahanizah Binti Raja Alang Hassan