Thursday, April 13, 2006

Pertemuan Dengan Presiden Melayu UK


13 April 2006 - Cyberjaya - GPTD telah berpeluang menemui saudara Hamidi Abdul Rahman, Presiden Persatuan Melayu UK untuk membincangkan program pertukaran belia Melayu UK-Malaysia yang bakal diadakan di Rembau, Negeri Sembilan pada hujung tahun ini.

Selain sibuk dengan urusan perniagaan beliau, GPTD berjaya memanfaatkan masa beliau yang agak terhad dengan mendapat beberapa persetujuan daripada beliau seperti persetujuan mengadakan memorandum persefahaman dengan Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan (MBNNS) untuk program pertukaran, tarikh program dan bilangan peserta. Beliau akan pulang ke UK Sabtu ini selepas menyelesaikan urusan beliau di Malaysia.