Sunday, April 09, 2006

Program Membaca Untuk Orang Buta





8 April 2006 - Brickfields - GPTD telah menghantar 2 orang wakil untuk membantu Persatuan Orang Buta Malaysia dalam menyiapkan buku Panduan Menguruskan Jenazah dalam tulisan braille. Saudara Adam Lee selaku penterjemah buku berkenaan menyatakan bahawa kesukaran dalam proses penterjemahan adalah melibatkan penterjamahan daripada bahasa arab kepada tulisan braille.Bagi beliau ini tugas ini memerlukan penelitian yang tinggi kerana susunan bahasa arab mempunyai susunan tatabahasa yang begitu kompleks. Wakil GPTD yang hadir ialah Akhmal Mohd Noor, Penolong Penyelaras 2 dan Abdul Hakim, Exco Biro Bahasa dan Linguistik GPTD.