Wednesday, January 04, 2006

Menawan Gunung Cairn Gorm, Scotland



Glasgow, Scotland - 26-31 Disember 2005 - GPTD telah berjaya menawan Gunung CairnGorm (http://www.cairngormmountain.com/) yang bersuhu -2 Celcius sebagai salah satu aktiviti lasak bersama MISG ABIM UK sempena Perhimpunan Musim Sejuk (PMS) MISG ABIM UK di Glasgow, Scotland. PMS kali ini dibuat di bekas gereja yang telah bertukar menjadi Masjid dan Madrasah Al-farooq. GPTD diberi ruang untuk memberikan taklimat mengenai gerak kerja dan menubuhkan GPTD cawangan MISG ABIM UK-Eire. GPTD MISG ABIM UK dijangka diberi amanah untuk melaksanakan ativiti-aktiviti di kawasan Eropah. Saudari Ain dari London School of Economic telah terpilih menjadi wakil GPTD di UK bersama Anuar dari Universiti Stafford. Geng Bujang MISG ABIM UK juga dijangka membantu pojek GPTD bersama masyarakat Melayu di UK.

GPTD juga berkesempatan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Edinburgh Castle, Pusat Islam Edinburgh, bergambar dengan William Wallace (Pejuang Kemerdekaan Scotland) seperti lakonan Mel Gibson dalam Brave Heart, berinteraksi dengan masyarakat Melayu Govan Hill Glasgow dan aktiviti gotong royong di Masjid.