Thursday, July 07, 2005

Seminar Zheng He


Seramai 4 orang ahli Grup Pengkaji Tamadun Dunia telah menghadiri Seminar Zheng He yang telah berlangsung di The Mines Resort.Tiga orang pembentang telah membentangkan kertas kerja termasuk salah seorang Proffesor dari Universiti Beijing.Seminar ini diadakan sempena hari ulangtahun ke 600 tahun pelayaran ke barat oleh ahli pelayaran yang terulung China iaitu Laksamana Zheng He.

Di antara tahun 1405 dan 1433 Zheng He telah melakukan pelayaran yang disertai oleh 27,800 anak kapal,lebih daripada 200 buah kapal dengan kapasiti kapal yang terbesar seberat 2,500 tan.



PAMERAN ZHENG HE BERMULA 6 HINGGA 7 JULAI 2005 DI THE MINES RESORT



Seminar seperti ini bertujuan mendedahkan kepada masyarakat bahawa ekspedisi yang dilakukan oleh Zheng He telah berjaya menjalinkan hubungan dagangan dan diplomatik dengan lebih 30 buah negara.

Lebih-lebih lagi,sejarah telah menukilkan bahawa Zheng He telah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan hubungan diplomatik di antara Kerajaan Melayu Melaka dan China pada waktu itu.Semoga ahli-ahli GPTD dapat menyuntik semangat Laksamana Zheng He dalam usaha untuk menyebarkan misi 'rahmatan lil 'alamin'.