Tuesday, July 26, 2005

Taklimat GPTD di KDH


Pada 20 Julai yang lepas, GPTD telah berpeluang mengadakan taklimat dan pengambilan baru sukarelawan muda di Kolej Dar-Al-Hikmah Kajang (KDH). Saudara Penyelaras GPTD iaitu Jufitri Joha hadir memberikan taklimat. Di samping itu, GPTD KDH Maninjau turut berkongsi pengalaman mereka ketika membuat khidmat sosial di Pesantren Buya Hamka di Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Lebih 50 orang pelajar KDH hadir mendengar taklimat. Turut hadir ialah saudara Suhadak, staf Global Peace Mission (GPM) juga merupakan AJK GPTD.