Inilah bangunan pertama Darul Aitam yang menempatkan seluruh warganya.Kini ia dijadikan surau setelah beberapa bangunan lain dibina.
Rencana NAJIYYAH MOHD ASRI
BULAN Jun lalu penulis bersama kawan-kawan daripada Helwa ABIM (Hal Ehwal Wanita, Angkatan Belia Islam Malaysia) dan GPTD (Grup Pengkaji Tamadun Dunia) berpeluang menjejakkan kaki buat pertama kalinya di bumi Pattani, Selatan Thailand selama sepuluh hari (9-18 Jun).
Peluang keemasan yang mungkin hanya tiba sekali seumur hidup ini tidak mungkin dapat kami lupakan begitu sahaja.
Kedatangan kami ke salah sebuah wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam dan berbangsa Melayu ini, adalah untuk menziarahi sebuah rumah anak yatim miskin perempuan atau lebih dikenali sebagai Darul Aitam Wal Masakin Lil Banaat.
Di samping itu, ia bagi menyempurnakan misi serta wadah perjuangan ummah yang dibawa oleh Helwa ABIM dan GPTD, dengan mengadakan kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kepada guru-guru di Darul Aitam.
Sepanjang kunjungan kami di sana, komunikasi bukanlah masalah yang besar bagi kami kerana kebanyakan mereka mampu berbahasa Melayu dalam loghat atau dialek Kelantan.
Sungguhpun begitu, kami agak terkejut dan kesal kerana terdapat segelintir mereka yang tidak mampu langsung bertutur dalam Bahasa Melayu, sedangkan mereka memang berbangsa Melayu, terutamanya generasi muda.
Malah mereka lebih gemar bertutur dalam Bahasa Thailand sebagai bahasa interaksi harian mereka.
Jelas, sistem pembelajaran di sana begitu kuat dipengaruhi kuasa Siam atau Thailand.
Yang lebih menyedihkan, ialah komuniti Islam di sana terpaksa membangun sendiri kebanyakan sekolah, kolej atau pusat pengajian serta rumah-rumah perlindungan untuk anak-anak yatim dan miskin.
Ia termasuklah Darul Aitam Wal Masakin Lil Banaat yang kami kunjungi.
Darul Aitam menempatkan lebih kurang 200 orang anak yatim miskin perempuan dalam lingkungan umur 10 hingga 17 tahun.
Mereka datang dari beberapa daerah lain seperti Narathiwat, Yala, Bangkok selain dari daerah Pattani sendiri.
Di sinilah mereka mendapat perlindungan serta pendidikan yang boleh dikatakan begitu sedikit dan masih banyak kekurangannya.
Berkat
Namun di sini jugalah jiwa mereka diisi dengan ilmu mengenal Tuhan Yang Esa serta didikan agama yang sempurna.
Ini semua adalah berkat usaha keras Pengurus Darul Aitam, Ustazah Maryam Samoh atau lebih mesra dengan panggilan Ummi.
Tersentuh hati kami sewaktu mendengar cerita Ummi pada satu hari ketika kami makan tengahari bersamanya.
Cerita Ummi: ``Empat hari kami makan hanya berlaukkan kangkung yang tumbuh di belakang pondok kami.
``Sungguhpun begitu, kami sudah berasa cukup dengan rezeki yang Tuhan beri.
``Dengan kuasa Allah, ikan timbul dengan banyaknya di kolam berhampiran sehingga cukup untuk kami menikmatinya selama empat hari pula.''
Itulah antara keajaiban dan kekuasaan Allah terhadap hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.
Kisah ini cukup membuat kami insaf dengan kesenangan dan kemewahan hidup yang kami kecapi di tanah air sendiri.
Begitulah sukarnya kehidupan mereka, walaupun adakalanya rezeki mereka lebih daripada biasa dengan adanya sumbangan masyarakat sekeliling yang turut bersimpati.
Sepanjang kursus yang dijalankan, kami dapat melihat kesungguhan guru-guru tersebut menuntut ilmu yang disampaikan.
Nyata, mereka begitu dahagakan ilmu dan begitu mengharapkan kedatangan insan-insan yang sudi mencurahkan ilmu kepada mereka sebagai bekalan mendidik anak-anak di sana.
Mereka tidak pernah mengeluh, walaupun ada ketikanya mereka tidak menerima sesen pun sebagai ganjaran.
Malah mereka bertekad untuk terus berbakti pada anak-anak yang kurang bernasib baik di situ.
Masih terbayang kegembiraan yang terpancar di wajah setiap warga Darul Aitam kala menyambut kehadiran kami.
Namun, adat pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun berat hati meninggalkan mereka setelah kemesraan kian terjalin, tapi apakan daya, misi kami telah pun dilaksanakan dan tiba masanya untuk kami pulang.
Sebagaimana yang telah kami jangka, tangisan mengiringi pemergian kami.
Dalam perjalanan pulang, kami tidak terlepas daripada memikirkan soalan yang bertalu-talu diajukan kepada kami.
``Adakah kami akan ke sana lagi? Bila?''
Sukar kami menjawabnya, namun pasti kami akan kembali ke sana sekiranya berpeluang lagi, insya-Allah.
Doa kami semoga mereka sentiasa berada di dalam lindungan Ilahi.
Semoga kesusahan dan kekurangan tidak menjadi penghalang bagi mereka mengecap nikmat hidup di dunia dan akhirat dengan adanya keprihatinan insan lain yang lebih bernasib baik seperti kita yang berada di bumi bertuah ini.
2 comments:
Very nice site! business credit report canada credit scores hillsborough county fico scores and credit report choice Hurricane wilma tax deduction loss of wages 2005 acura rl production car http://www.ford-8.info/Oman-multi-trip-insurance.html Spectrum merchant services Subaru home usa san francisco culinary school cordon bleu repair credit report and fico score photos of very small tits
Very cool design! Useful information. Go on! oral surgery recipes Intercontinental rates lisbon Liposuction in mobile al kia Zoloft and blood thinning power washers ambien sale web site design Bingo hall in maryland Voip wholesale honda motorcycles Viva dance mix mp3 After breast implant exercises dvd power player coffee maker conference calling Bextra dakota recall south
Post a Comment