Sunday, July 31, 2005

Budi bahasa - Amalan Melayu Phuket


Rencana M.SHAKIR FAHMI FAKHRULRAZI

Pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara, hati saya berasa tidak keruan lebih-lebih lagi negara yang dilawati mempunyai jurang komunikasi yang amat ketara.

Begitulah perasaan saya sewaktu berkunjung ke Phuket, Thailand untuk mengajar Bahasa Melayu kepada belia Melayu Phuket.

Kem Bahasa Melayu yang berlangsung selama enam hari itu bermula pada 16 April dan berakhir pada 21 April 2005.

Ia nyata memberi satu lembaran baru dalam sejarah hidup saya, bukan sahaja pengalaman berada di luar negara tetapi juga mengetahui sosio-budaya masyarakat Melayu di sana.

Dengan berbekalkan semangat dan keazaman untuk melebarkan jaringan persaudaraan di antara dua budaya yang menganut satu kepercayaan yang sama ini, saya bersama-sama Nadmin, Faisal, Akmal, Abang Sukri, Raja, Bibi dan Ainul tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket kira-kira pukul 3.15 petang.



Disebabkan hujan, penerbangan kami mengalami sedikit kelewatan. Ali atau nama asalnya Warawit bersama-sama Amin atau Chomsak terpaksa menunggu hampir dua jam sebelum membawa kami ke Bang Thao, sebuah kawasan peranginan yang menjadi tumpuan para pelancong asing yang berkunjung ke Phuket.

Pada sebelah malamnya, kami dibawa ke Kamala Beach, antara kawasan yang dilanda Tsunami, di mana satu pesta amal yang dikenali sebagai Sik Saa Sam Pang telah diadakan..read full news in Utusan Online

Click here for more pictures