Tuesday, August 02, 2005

Bengkel "Mencari Dana"



GPTD baru sahaja selesai mengadakan "Bengkel Mencari Dana" bersama Naib Pengerusi Global Peace Mission(GPM) iaitu Puan Sharifah Aminah Al-Khared atau lebih mesra dengan panggilan Ummie.Bengkel anjuran GPTD Perancis-Maghribi dan turut dihadiri oleh saudara Penyelaras GPTD, GPTD China, GPTD Laos, GPTD Kemboja dan AJK Program Kembara IPT Ibn Batuttah.

Antara isi-isi menarik perbincangan adalah cara-cara mencari dana yang berkesan untuk GPTD seperti berniaga,cuci kereta, jual pakaian terpakai, Hi Tea, trip amal ke Aceh atau Maninjau, konsert dan lain-lain.GPTD bersetuju untuk menganjurkan dua program utama bagi mencari dana berskala besar iaitu InsyaAllah Hi Tea dan Konsert Amal.